70 BELIA DAN PELAJAR SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI ‘FUTURE ENTREPRENEUR: ROAD TO SUCCESS’ | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » 70 BELIA DAN PELAJAR SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI ‘FUTURE ENTREPRENEUR: ROAD TO SUCCESS’

70 BELIA DAN PELAJAR SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI ‘FUTURE ENTREPRENEUR: ROAD TO SUCCESS’

SERAMAI 70 belia dan pelajar di sekitar Bintulu telah menghadiri Program Putra Bakti “Future Entrepreneur : Road To Success” secara bersemuka anjuran Pelajar Kursus QKH2104 Usahawan Siswa (kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2022/2023, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama TEGAS Digital Inovation Hub Bintulu dan Youth Leadership and Entrepreneurship (YLE) 2023 di TEGAS Digital Inovation Hub, Bintulu dari 11 hingga 12 Mac lepas.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan serta memperkembangkan lagi nilai keusahawanan dalam diri setiap golongan usahawan belia di sekitar Bintulu serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan orang awam dan warga UPMKB.

Terdapat empat sesi perkongsian ilmu untuk menyediakan para belia yang berminat dalam bidang keusahawanan meliputi peranan usahawan kepada pemasaran di era digital, pengurusan kewangan yang efektif dan bantuan kewangan yang disediakan untuk belia dan mendedahkan belia kepada peluang dari ruang perniaagaan yang ada.

Menurut pengarah Program Putra Bakti Future Entrepreneur : Road To Success Wan Amrin Aniq Wan Abu Manshor, aktiviti ini dilakukan untuk memberi pendedahan tentang cara penjanaan pendapatan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat berkenaan pengurusan wang.

Setiap sesi slot penceramah telah memberikan ilmu yang baharu kepada setiap peserta yang hadir. Pertama sekali, ceramah yang disampai oleh Muhammad Abdul Rahim Habib yang bertajuk “The Psychology of Successful People”. Ceramah beliau yang menyentuh tentang psikologi manusia sangat memberikan impak yang positif kepada para peserta untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Slot yang kedua pula yang bertajuk “The Way To Be Success” telah disampaikan oleh pemilik Safura Bakery Siti Nursafura Che Man. Beliau banyak berkongsi tentang kejayaan serta halangan yang beliau hadapi sepanjang menjalankan perniagaan beliau.

Seterusnya, slot ketiga diisi dengan ceramah Dr Anita Rosli yang bertajuk “Entrepreneur And Business”. Beliau telah berjaya menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan produk-produk serta perkhidmatan yang bersesuaian untuk para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka.

Seterusnya, slot ceramah yang terakhir disampai oleh Dr Aryaty Alwie yang bertajuk “Entrepreneurship: Sources of Finance”. Beliau memberikan pendedahan awal kepada para peserta tentang selok-belok memulakan perniagaan serta cara menguruskan kewangan dengan baik.

Selain ceramah antara program lain yang berlangsung ialah Ice Breaking, LDK 1 iaitu Business Simulation Game, LDK 2 iaitu We Think We Sell serta LDK 3 iaitu The Creative Promoter.

Business Simulation Game ialah aktiviti di mana para peserta perlu mendekorasikan kek mereka dengan kreativiti masing-masing. Para peserta dibahagikan kepada enam kumpulan. We Think We Sell pula ialah aktiviti mempromosikan kek yang telah dihias di dalam media sosial seperti Tiktok.

Untuk aktiviti terakhir iaitu The Creative Promoter, para peserta perlu mempromosikan barang yang dipilih. Ia bertujuan untuk menyediakan platform yang membolehkan para peserta berkongsi idea, mendapatkan inspirasi dalam membina sesuatu yang baharu, membina rangkaian perniagaan dan mencari pelabur baharu untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh wakil pengurusan UPMKB Fakhzan Buang. Beliau menyatakan bahawa program ini sememangnya mendatangkan impak yang baik serta cakna terhadap keadaan masyarakat sekeliling yang kurang mendapatkan peluang pekerjaan.

Oleh itu, menurut beliau, program seperti ini sangat membantu golongan yang terkesan terutama sekali belia untuk menjana pendapatan yang lebih menguntungkan.

Menurut Fasilitator Program Roslan Ismail, hasil daripada naratif Naib Canselor UPMKB Dato’ Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman: ”Beliau mengatakan pada tahun 2023, UPM menyasarkan 90.5 peratus Kebolehpasaran Graduan dengan 8 peratus graduan menceburi bidang perniagaan.

“Manakala, seramai 130 usahawan siswa pula disasarkan untuk mendaftar perniagaan mereka dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Hal ini menunjukkan mahasiswa kita lebih cakna dalam menceburi bidang perniagaan. Saya percaya bahawa usahawan adalah tulang belakang dalam ekonomi kita.

“Mereka mencipta pekerjaan, merangsang pertumbuhan, dan memacu inovasi. Merekalah yang mengambil risiko dan mengejar idea yang boleh mengubah dunia.

Saya juga menggalakkan anda semua untuk merangkul usahawan dalaman anda. Ambil risiko, belajar daripada kegagalan, dan tabah menghadapi cabaran.

Kejar keinginan anda dan ubah idea anda menjadi realiti. Dunia memerlukan kreativiti anda, inovasi anda dan dorongan anda untuk berjaya.

”Semoga program ini akan dapat berterusan dan boleh di tambah lagi dengan program baharu yang mempunyai ”demand” dalam pasaran dan lebih terbuka kepada idea menggunakan teknologi moden untuk meningkatkaan produktiviti”, dan mencapai #UPMKBMansang sebagaimana selaras dengan konsep “University For Society”.

Tarikh Input: 20/03/2023 | Kemaskini: 20/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdQAh~