35 PELAJAR KUMPULAN 4 SESI AKADEMIK 2022/2023 ANJUR PROGRAM BAKTI SISWA BERSEMUKA DI SK KG BARU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » 35 PELAJAR KUMPULAN 4 SESI AKADEMIK 2022/2023 ANJUR PROGRAM BAKTI SISWA BERSEMUKA DI SK KG BARU

35 PELAJAR KUMPULAN 4 SESI AKADEMIK 2022/2023 ANJUR PROGRAM BAKTI SISWA BERSEMUKA DI SK KG BARU

35 pelajar QKK2101 Kumpulan 4 Sesi Akademik 2022/2023 dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Program Bakti Siswa secara bersemuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Bintulu pada 20 dan 21 November lalu.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan orang awam dan warga UPMKB serta memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai pentingnya bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah sebagai bahasa kedua di Malaysia.

Menurut pengarah program QKK2101 Muhammad Ezzad Ezwandi Mat Derih, aktiviti ini dilakukan adalah untuk mengasah pengetahuan murid yang terlibat.

Selain itu katanya, program ini dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris, ini adalah untuk menarik minat murid mendalami serta menerokai bahasa tersebut.

Program ini bukan diadakan sekadar untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat luar dan warga UPMKB malahan ia juga adalah untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah dalam bahasa Inggeris melalui pelbagai permainan serta pertandingan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang dua hari dalam program tersebut adalah Ice Breaking, Treasure Hunt dengan terbahagi kepada tujuh check point yang berlainan jenis permainan dan pertandingan Choral Speaking yang melibatkan pelajar SK Kampung Baru dari tahun empat dan lima.

Program yang disertai oleh 91 peserta yang terdiri daripada murid-murid SK Kampung Baru, Pelajar Bakti Siswa Kumpulan 4, pensyarah pengiring dan guru pengiring telah berjalan dengan lancar dan semua peserta yang terlibat sangat berpuas hati dengan kejayaan program tersebut.

Walaupun dijalankan hanya dalam masa dua hari, tetapi semua pihak yang terlibat berasa lega kerana telah mencapai misi yang telah ditetapkan serta mencapai perancangan semua pihak.

Diharap lebih banyak lagi program yang melibatkan bahasa Inggeris dapat dianjurkan agar lebih ramai komuniti sedar akan kepentingan bahasa tersebut untuk pembelajaran setelah melangkah ke alam pekerjaan kelak dan dalam kehidupan seharian.

 

Tarikh Input: 01/12/2022 | Kemaskini: 01/12/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaEA1~