23 PESERTA JAYAKAN PROGRAM PUTRA BAKTI TALK SHOW UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » 23 PESERTA JAYAKAN PROGRAM PUTRA BAKTI TALK SHOW UPMKB

23 PESERTA JAYAKAN PROGRAM PUTRA BAKTI TALK SHOW UPMKB

BINTULU: Seramai 23 peserta dalam dan luar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyertai Program Putra Bakti Talk Show di Biik Kuliah 7 Dewan Kuliah Utama UPMKB pada Ahad lalu.

Penceramah jemputan yang mengendalikan ceramah dalam program itu ialah Ali Sabri Saber Ali Khan dan Nathuhain Ibrahim.      
                                                                      
Jurucakap penganjur berkata, ramai dalam kalangan peserta menunjukkan potensi menjadi juruacara yang baik dalam program tersebut.

"Program itu bukan sahaja untuk membina kemahiran dan mendapatkan ilmu pengetahuan berkenaan pengacaraan majlis bahkan beberapa aktiviti lain turut disediakan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, program ini turut bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir serta keyakinan peserta dalam pengurusan majlis. 

"Antara aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran serta keyakinan tersebut ialah peserta diminta naik ke atas pentas untuk menceritakan tentang sesuatu produk yang disediakan oleh penceramah jemputan. 

"Melaluinya peserta diharap dapat meningkatkan daya fikir dan bekerjasama sesama ahli kumpulan mereka," tambahnya.
 
Pada masa sama katanya, pengacara majlis atau juruacara yang baik merupakan mereka yang mempunyai kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah sesuai untuk mengurus serta mengawal perjalanan sesuatu acara supaya berjalan lancar dan meriah.

Jelasnya, kemahiran dan pengetahuan dalam pengacaraan majlis digalakkan untuk dipelajari kerana kemahiran ini amat berguna semasa menguruskan sesuatu majlis dan semasa bekerja pada masa hadapan.

Tarikh Input: 14/04/2023 | Kemaskini: 14/04/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdVAg~