236 PELAJAR BAHARU LAFAZ IKRAR DI HADAPAN NAIB CANSELOR UPM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » 236 PELAJAR BAHARU LAFAZ IKRAR DI HADAPAN NAIB CANSELOR UPM

236 PELAJAR BAHARU LAFAZ IKRAR DI HADAPAN NAIB CANSELOR UPM

SERAMAI 263 pelajar baharu Diploma dan Persediaan Diploma Sains yang mendaftar di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) bagi sesi akademik 2022/2023 telah melafazkan ikrar di hadapan Naib Canselor UPM Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman di Bintulu, baru-baru ini.

Mohd Roslan dalam ucapannya pada majlis yang diadakan pada 4 Ogos lepas itu, merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu berkenaan kerana telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di UPM iaitu sebuah menara ilmu yang bereputasi antarabangsa.

“UPM baru-baru ini telah dinobatkan sebagai universiti ke-123 terbaik dunia dan kedua di Malaysia dalam QS World University Rankings 2023,” katanya.

Dalam ucapannya juga, beliau turut mengumumkan pihak universiti telah bersetuju untuk menaik taraf kemudahan Internet di UPMKB daripada Bandwidth 100mbps kepada 500mbps selaras dengan pelaksanaan 30 inisiatif Kampus Pintar UPM.

Selain itu, Mohd Roslan turut melancarkan inisiatif Putra Premium iaitu penyediaan kawasan hotspot WiFi berkelajuan tinggi di lokasi strategik untuk memudahkan pelajar berkumpul dan mengakses Internet. Pelaksanaan itu bagi menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) dan memudahkan pelajar UPM mengakses Internet di kampus.

 

Tarikh Input: 14/09/2022 | Kemaskini: 05/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaGAO~