UPMKB ANJUR SIMPOSIUM FOKUS ASPIRASI PEMERKASAAN KOMUNITI BERTERASKAN KONSEP MADANI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » UPMKB ANJUR SIMPOSIUM FOKUS ASPIRASI PEMERKASAAN KOMUNITI BERTERASKAN KONSEP MADANI

UPMKB ANJUR SIMPOSIUM FOKUS ASPIRASI PEMERKASAAN KOMUNITI BERTERASKAN KONSEP MADANI

KUALA LUMPUR, 28 Februari: International Symposium of Social Sciences, Management, Science & Technology (iRandau2023) telah dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) sebagai platform untuk berkongsi penyelidikan dan penemuan berkaitan sains sosial, ekonomi, dan pengurusan serta sains dan teknologi.

iRandau 2023 memperlihatkan identiti perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia yang sentiasa meraikan citra kepelbagaian masyarakat hingga ke peringkat antarabangsa. Hasil Simposium Antarabangsa ini mengandungi aspirasi dan perkongsian tanggungjawab memperkasa komuniti masyarakat berteraskan kepada konsep Madani.

Simposium ini bertujuan untuk menjadi platform bagi para penyelidik mendapatkan aspirasi dan maklumat terkini serta menyebarluas perkongsian dan pemindahan ilmu kepada komuniti, serta mendapatkan input mengenai isu-isu dalam kalangan masyarakat, budaya dan tradisi Sarawak yang pelbagai.

‘Randau’ adalah istilah yang berasal daripada Bahasa Iban yang bermaksud dialog atau perbincangan. Berpandukan konsep ini, iRandau2023 dianjurkan sebagai platform untuk berkongsi penyelidikan dan penemuan berkaitan sains sosial, ekonomi, dan pengurusan serta sains dan teknologi.- UPM

 

Tarikh Input: 02/03/2023 | Kemaskini: 02/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUXAT~