UPMKB Anjur Festival Kesenian Islam 2019 Dari 23 Hingga 28 September 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » UPMKB anjur Festival Kesenian Islam 2019 dari 23 hingga 28 September 2019

UPMKB anjur Festival Kesenian Islam 2019 dari 23 hingga 28 September 2019

Keratan akhbar Utusan Borneo, UPMKB anjur Festival Kesenian Islam 2019 dari 23 hingga 28 September, 10 Ogos 2019
#UPMKBClipping #PutraClipping

KESENIAN dalam Islam merangkumi pelbagai aspek seperti seni suara, pertahanan diri, sukan, tulisan dan sebagainya. Jika kita menelusuri kembali latar belakang kesenian Islam, kita dapat saksikan bahawa nilai kesenian ini telah mula menapak dalam kalangan masyarakat Islam sejak dahulu lagi.

Berbeza dengan seni masa kini yang lebih bercorak dan dipengaruhi oleh budaya barat, kesenian Islam ini unik dan lebih kepada penerapan nilai-nilai murni seiring dengan kesucian dan tuntutan agama Islam itu sendiri.

Menyedari hakikat bahawa kesenian Islam itu perlu dihargai dan ditonjolkan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak (MTACYS) akan menganjurkan Festival Kesenian Islam 2019 (iFest2019) dengan tema ‘Kesenian Islam Integrasi Sejagat’ bermula 23 hingga 28 September ini.

Pengarah program tersebut iaitu Penolong Pendaftar Kanan UPMKB, Mohamad Syukri Mohamad Adnan berkata, program yang pertama seumpamanya dianjurkan di UPMKB ini akan mengetengahkan beberapa aktiviti seperti Pertandingan Menulis Khat, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Syarahan Agama, Pertandingan Nasyid Kontemporari dan Pertandingan Memanah.

“Kesemua pertandingan ini menawarkan hadiah berupa wang tunai, trofi dan sijil penyertaan kepada para pemenang. Selain daripada pertandingan tersebut, iFest2019 juga akan menganjurkan Forum Perdana yang dijadual diadakan pada 28 Septembar jam 7.30 malam di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.

“Forum Perdana kali ini menampilkan Pencetus Ummah (PU) Azman sebagai Moderator Forum dan Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin (Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah) serta Ustaz Elyas Ismail (Perunding/ Motivator) sebagai ahli panel forum,” tambah beliau.

Antara tujuan utama iFest2019 ini dianjurkan ialah untuk menggalakkan masyarakat terutamanya golongan belia agar terlibat dalam aktiviti yang sihat dan seterusnya membentuk peribadi yang lebih baik selain memberi ruang kepada masyarakat untuk menonjolkan bakat melalui pertandingan yang disertai.

Selain itu, iFest2019 juga dikatakan mampu mempromosi Sarawak amnya dan Bintulu khasnya sebagai salah satu destinasi pelancongan memandangkan penyertaan ini terbuka kepada semua termasuk peserta dari Indonesia dan Brunei.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.ifest2019.upm.edu.my

atau hubungi pihak urus setia yang terdiri daripada Hairunisah Abdul Rahman (+6019-8417047), Ustaz Isfuany Ismail (+60138191550) dan Rina Farida Osman (+6011-15727660).

Tarikh Input: 13/08/2019 | Kemaskini: 19/08/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcUAm~