Panduan Pembelajaran Secara Maya @UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » Panduan Pembelajaran Secara Maya @UPMKB

Panduan Pembelajaran Secara Maya @UPMKB

Pembelajaran secara maya merupakan satu kaedah pembelajaran yang bukan asing bagi sesetengah universiti terutamanya bagi pelajar yang menggunakan modul Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Namun demikian, keadah ini telah diperluas serta diperkasakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran rentetan daripada kemasalahan sejagat iaitu pandemic bencana COVID-19 yang melanda dunia hari ini.

UPM merupakan antara UA yang menggunakan pendekatan ini semenjak tempoh PKP yang di umumkan oleh kerajaan Malaysia. Pembelajaran secara maya yang berteraskan Model Pembelajaran Bersepadu (blended learning) merupakan norma baharu dan satu keperluan yang penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar tanpa mengira batasan.

UPMKB amat komited dalam memastikan setiap pelajar berpeluang mengikuti dan meneruskan pembelajaran seperti yang di rancang oleh pensyarah akademik. Pendekatan pedagogi ini merupakan satu langkah yang proaktif diambil oleh pihak UPMKB selari dengan perubahan landskap pembelajaran dan pengajaran. Inisiatif ini bertepatan dengan Lonjakan 9 pembelajaran dalam talian tahap global, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Untuk maklumat lanjut, sila klik DISINI

Tarikh Input: 17/07/2020 | Kemaskini: 02/03/2021 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMbRb2:17:27