KURSUS PENTERNAKAN ITIK PEDAGING DAN PENELUR 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » KURSUS PENTERNAKAN ITIK PEDAGING DAN PENELUR 2019

KURSUS PENTERNAKAN ITIK PEDAGING DAN PENELUR 2019

Bintulu - 29 Jun 2019, Seramai 45 orang peserta (dari sekitar Bintulu, Belaga, Asap, Miri, Kuching, Sibu, Mukah, Dalat, Selangau, Tatau dan termasuk 2 orang peserta daripada Brunei Darussalam) bertempat di UPMKB. Secara amnya Taman Pertanian Universiti pernah menganjurkan kursus berkaitan penternakan itik penelur yang melibatkan penyertaan masyarakat luar iaitu pada 3 Mac 2015 dan 15 September 2018 yang lepas, dan atas permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat kursus ini dianjurkan semula.

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Ini kerana itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam. Permintaan daging dan telur itik semakin meningkat dari hari ke hari menjadikan penternakan itik pedaging dan penelur ini semakin popular dalam kalangan usahawantani.

Penganjuran kursus yang dilaksanakan secara teori dan amali ini dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan staf UPMKB mahupun masyarakat di Bahagian Bintulu am dan Sarawak khasnya memandangkan potensi dan permintaan terhadap itik pedaging dan penelur ini agak tinggi di pasaran. Hasil Pembelajaran daripada kursus ini Peserta kursus mengetahui keperluan umum dan pengurusan kesihatan dalam bidang penternakan itik pedaging dan penelur, Dapat mempelajari dan memahami penyediaan dan penghasilan makanan untuk itik pedaging dan penelur, Menyemai minat dan motivasi melalui pemahaman potensi penternakan itik pedaging dan penelur di Bintulu khasnya dan di Sarawak amnya.










Tarikh Input: 02/07/2019 | Kemaskini: 17/07/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdHA2~