Kursus Penanaman Cendawan Tiram UPMKB Dapat Sambutan Menggalakkan | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » Kursus Penanaman Cendawan Tiram UPMKB Dapat Sambutan Menggalakkan

Kursus Penanaman Cendawan Tiram UPMKB Dapat Sambutan Menggalakkan

Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Kursus Penanaman Cendawan Tiram pada 3 Oktober 2020 yang bertempat di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Pengarah Taman Pertanian Universiti dan Pembangunan (TPUP) UPMKB Dr. Ong Kian Huat mengulas UPMKB telah merangka kursus ini yang termasuk dalam program University4Society pada tahun 2020 dengan fokus untuk berkongsi pengetahuan dan pengembangan pertanian dengan orang umum.

Objektif kursus latihan ini menurut Encik Nalong Buda, Ketua TPU adalah untuk:

(i) memenuhi saranan kerajaan bagi meningkatkan lagi industri pertanian di Malaysia terutama di Sarawak;

(ii) menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada petani untuk menjadi usahawan yang berjaya dan

(iii) memberi kefahaman teori dan praktikal kepada umum berkenaan pengurusan ternakan.

Pengerusi penganjur kursus, En. Sylvester Igak Kana, berkata antara pengisian kursus ini adalah untuk:

  1. Mempelajari kaedah penanaman cendawan tiram untuk tujuan pengkomersialan.
  2. Mendedahkan peserta kursus kepada ilmu mengenai asas penanaman cendawan tiram seperti pemilihan dan penyediaan media serta bahan asas penanaman.
  3. Mempelajari kaedah penjagaan tanaman cendawan tiram yang betul.


En. Dexter Elvin Menari, Penolong Pendaftar TPUP mengulas kursus latihan ini telah menerima penyertaan seramai 38 orang peserta dari seluruh Sarawak, dengan kuliah dan kelas praktikal dijalankan dengan khidmat tenaga pengajar dan pakar UPMKB.

 

Tarikh Input: 20/11/2020 | Kemaskini: 20/11/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdNAc~