51 Peserta Ikuti Kursus Keusahawanan Penternakan Ayam Di UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » 51 Peserta Ikuti Kursus Keusahawanan Penternakan Ayam Di UPMKB

51 Peserta Ikuti Kursus Keusahawanan Penternakan Ayam Di UPMKB

SELESAI: Peserta kursus merakam gambar kenangan.

BINTULU: Seramai 51 peserta dari seluruh Sarawak menyertai Kursus Pengurusan Ternakan Ayam Penelur dan Penyediaan Pelan Perniagaan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini.

Kursus anjuran Taman Pertanian Universiti (TPU) UPMKB itu bertujuan menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada petani agar dapat menjadi usahawan yang berjaya.

Pengarah Taman Pertanian Universiti dan Pembangunan (TPUP) UPMKB Dr Ong Kian Huat berkata, kursus itu merupakan satu daripada rangkaian kursus yang dirancang pada tahun ini dalam merealisasikan program pengembangan pertanian University4Society untuk orang umum.

Ketua TPU Nalong Buda pula menjelaskan bahawa kursus itu bertujuan memenuhi saranan kerajaan bagi meningkatkan industri pertanian di Malaysia terutama di Sarawak.

Katanya, ia juga untuk menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada petani agar dapat menjadi usahawan berjaya sekali gus memberi kefahaman teori dan praktikal kepada umum tentang pengurusan ternakan.

Pengerusi penganjur kursus Carlina Freddie Simol berkata, kursus itu menerapkan teori penternakan ayam penelur, keperluan prasarana, pemakanan dan pengurusan ternakan.

Jelasnya, ilmu asas penternakan ayam penelur meliputi pembesaran dan pengeluaran, tanda penyakit, kawalan dan pencegahan, pemantauan prestasi, kawalan pencemaran serta penggunaan ‘Effective Microorganisms’ (EM) termasuk teknik penyediaan pelan perniagaan yang berkualiti.

Penolong Pendaftar TPUP Dexter Elvin Menari yang turut mengulas mengenai kursus latihan itu menjelaskan mengenai pengisiannya berbentuk kuliah dan kelas praktikal yang dijalankan dengan mendapatkan khidmat tenaga pengajar dan pakar UPMKB.

Tarikh Input: 20/11/2020 | Kemaskini: 20/11/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcWAU~