Usaha Mencapai Merekayasa UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » Usaha Mencapai Merekayasa UPMKB

Usaha Mencapai Merekayasa UPMKB

Sukacita dimaklumkan UPMKB telah mencapai pembentukan struktur organisasi lengkap seperti dirangkakan dalam Pelan Merekayasa UPMKB sebelum ini. Untuk makluman semua warga kampus UPMKB, Pelan Merekayasa UPMKB telah mula digerakkan pada tahun 2016 dengan pembangunan kertas kerja dan kelulusan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) dan Senat UPM. Kelulusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) melalui mesyuarat 12 Februari 2018 telah mengerakkan UPMKB ke arah struktur organisasi baharu dan bermula 01 Mac 2018, pengurusan UPMKB diketuai oleh Pengarah Kampus.

Sebagai status Kampus Kedua UPM dan keperluan reputasi universiti, UPMKB perlu meningkatkan bilangan program dan pelajar. Oleh itu, sesuai dengan perancangan dibuat, UPMKB telah berjaya menawarkan program pengajian baharu peringkat Bacelor iaitu daripada satu(1) program kepada tiga(3) program yang ditawarkan pada tahun 2018. Pada tahun 2019, perancangan dan cadangan membentuk dua fakulti dan satu institut telah mendapat kebenaran pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. UPMKB juga terus meningkatkan penawaran program baharu program Bacelor dari tiga(3) program kepada empat(4) program pada tahun 2019.

Bersyukur pada tahun 2020 ini, hasrat dua(2) fakulti dan sebuah institut ditubuhkan dengan pelantikan Dekan dan Pengarah Institut telah berjaya dilaksanakan seperti nama PTJ berikut;

a. Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) – 01 Julai 2020
b. Fakulti Sains Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) – 01 Julai 2020
c. Institut Ekosains Borneo (IEB) – 15 Mac 2020

Pada tahun 2020 juga, UPMKB akan mula menawarkan lima(5) program Bacelor dan lapan (8) program Diploma berbanding sebelum ini empat (4) Bacelor dan tujuh (7) Diploma. Diharapkan, Pelan Merekayasa UPMKB akan tercapai dengan mensasarkan UPMKB bakal menawarkan 22 program pengajian dengan lebih 4,000 orang pelajar menjelang tahun 2022.

Teruskan usaha dan komitmen semua warga kampus untuk menjadikan UPMKB sebagai “Destinasi Pendidikan Tinggi Anda” dan bereputasi antarabangsa.

 

Tarikh Input: 18/07/2020 | Kemaskini: 21/07/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdXAt~