UPMKB PAMER IDENTITI PERPADUAN MASYARAKAT SARAWAK DENGAN PENGANJURAN SIMPOSIUM IRANDAU 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ARTICLE » UPMKB PAMER IDENTITI PERPADUAN MASYARAKAT SARAWAK DENGAN PENGANJURAN SIMPOSIUM IRANDAU 2023

UPMKB PAMER IDENTITI PERPADUAN MASYARAKAT SARAWAK DENGAN PENGANJURAN SIMPOSIUM IRANDAU 2023

KUALA LUMPUR, 28 Februari: Pengarah International Symposium of Social Sciences, Management, Science & Technology (iRandau2023), Dr Yasmin Yaccob berkata, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu( UPMKB) adalah memperlihatkan identiti perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia yang sentiasa meraikan citra kepelbagaian masyarakat hingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, penganjuran simposium ini turut memperkasa modal insan selaras dengan penyelidikan etnik dan kajian sosial yang memberi tumpuan kepada kemajuan dalam pelbagai bidang.

“Simposium iRandau 2023 ini juga dapat membantu UPMKB lebih dekat dengan masyarakat di Sarawak.

“Berpandukan konsep ini, iRandau2023 dianjurkan sebagai platform untuk berkongsi penyelidikan dan penemuan berkaitan sains sosial, ekonomi, dan pengurusan serta sains dan teknologi.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu berkata, sokongan yang diberikan oleh KBS dan Pusat Belia Antarabangsa kepada program iRandau 2023 adalah selaras dengan matlamat IYC iaitu untuk menjadi Institut Pembangunan Belia Kecemerlangan Serantau khususnya UNESCO.

“Dengan penganjuran simposium antarabangsa ini, ia merupakan manifestasi sokongan dan solidariti untuk membangkitkan jurang perbezaan dan isu sosial di kalangan masyarakat luar bandar di Sarawak.

“Sinergi antara KBS dan UPMKB boleh diperkukuh melalui pelbagai program pembangunan sosial dan belia pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berharap hasil daripada pelbagai penyelidikan yang dibentangkan dalam simposium ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam menangani cabaran masyarakat dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).

Pada simposium ini seramai 44 orang peserta dari semua universiti di seluruh Malaysia membentangkan hasil kajian mereka yang berkait rapat dengan tema memperkasa modal insan selaras dengan penyelidikan etnik dan kajian sosial.

Antara penyelidikan yang dibentangkan pada simposium ini, Pengurusan Pemimpin Adat Dalam Melestarikan Budaya Masyarakat Salako, Kajian kes penerokaan makna symbol simplisit dan amalan ritual masyarakat asal daerah Sematan, Lundu, Sarawak, dan Persepsi pengunaan informasi di telefon pintar oleh komuniti pendalaman Sarawak.- UPM

 

Date of Input: 02/03/2023 | Updated: 02/03/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUPAb~