Kelonggaran SOP, Aidilfitri Tahun Ini Bakal Lebih Meriah | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » Kelonggaran SOP, Aidilfitri tahun ini bakal lebih meriah

Kelonggaran SOP, Aidilfitri tahun ini bakal lebih meriah

Keratan Akhbar Utusan Borneo, Kelonggaran SOP, Aidilfitri tahun ini bakal lebih meriah - 01 Mei 2022

Roslan Ismail Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) beliau berkata “SOP bersesuaian dengan keadaan, terutama SOP mengunjungi rumah keluarga, sahabat handai, rumah terbuka dan melakukan ibadat. Bagi saya kelonggaran ini tidak memberi kesan mudarat kepada orang ramai sekiranya mematuhi SOP ditetapkan bagi mengekang jangkitan COVID-19, Menurutnya, dengan kelonggaran itu, Hari Raya tahun ini lebih bermakna, namun rakyat perlu bertanggungjawab menjaga dan melindungi keselamatan diri, ahli keluarga serta masyarakat.”
 
Rosidah Basir Penolong Pendaftar Kanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) beliau berkata “Pada saya, kelonggaran SOP baharu ini baik, tetapi perjalanan balik kampung agak menyusahkan bagi saya hendak ke Lawas. Cuma bahagian terbaik SOP baharu dikuatkuasakan di negara kita ialah boleh beraya seperti biasa meskipun masih ada SOP yang perlu dijaga dan dipatuhi. Namun, sekurangkurangnya budaya kunjungmengunjung ke rumah saudara-mara dapat dilakukan dengan normal dan tanpa ada had tetamu.”
 

 

Tarikh Input: 11/05/2022 | Kemaskini: 11/05/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdXAJ~