JOM KENALI LADANG DI UPMKB! | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » JOM KENALI LADANG DI UPMKB!

JOM KENALI LADANG DI UPMKB!

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Tahukah anda, ladang di UPMKB telah bermula sejak tahun 1985?

Selain itu, kawasan ladang UPMKB adalah seluas 714.135 hektar dan antaranya adalah Ladang Tanaman Industri, Ladang Buah-buahan, Ladang Sayur-sayuran, Ladang Ternakan dan Ladang Hutan.

Timbalan Pengarah, Pusat Pertanian Putra UPMKB (PPP UPMKB), Prof. Madya Dr. Amy Halimah Rajaee berkata ladang UPM juga mempunyai kawasan landskap iaitu Nurseri Hortikultur, Taman Air Terjun, kolam rekreasi dan padang permainan UPMKB.

“Antara salah satu tarikan di Ladang UPMKB adalah EduPark@UPMKB yang mempunyai 11 komponen iaitu Astaka Orkid, Taman Botani, Taman Rusa, Ayam Kampung Kacukan, Lembu Tenusu, Kambind dan Arnab, Lembu Bali, Kolam Ikan Nurseri Hortikultur, Sistem Fertigasi dan Perusahaan Cendawan,” katanya.

Tambah beliau, keunikkan di ladang ternakan UPMKB adalah mempunyai kawanan Lembu Bali yang jarang-jarang dapat dilihat di ladang ternakan di Malaysia dan Ladang hutan UPMKB yang menempatkan plot pemuliharaan.

“Ladang ini mempunyai hampir 50 ekor Lembu Bali dan kami juga menternak lembu tersebut untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dalam mempelbagaikan baka-baka ternakan,” katanya.

Selain itu, terdapat juga kawasan pastura, unggas, akuakultur dan kemudahan prasarana dan antara tanaman yang ada di Ladang tanaman industri adalah kelapa sawit, getah, koko, kopi dan lada hitam.

Di Ladang Hutan terdapat Hutan Pemulihraan, Hutan Nirwana iaitu hutan simpan, Taman Botani, Taman Buluh Nurseri Hutan dan Astaka Orkid.

Anda juga boleh melawat ladang UPMKB menggunakan pakej EduPark@UPM.

Sementara itu, PPP UPMKB terdahulunya dikenali sebagai TPU UPMKB telah mula ditubuhkan pada 1 Disember 2001 untuk menjadi pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian dan biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa selaras dengan hasrat negara untuk memartabatkan sektor pertanian.

Tarikh Input: 09/02/2023 | Kemaskini: 09/02/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdDAc~