Dr. Wan Nor Zanariah Bt. Zainol @ Abdullah Daripada FSPM, UPM Kampus Bintulu Sarawak | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ARTICLE » Dr. Wan Nor Zanariah bt. Zainol @ Abdullah daripada FSPM, UPM Kampus Bintulu Sarawak

Dr. Wan Nor Zanariah bt. Zainol @ Abdullah daripada FSPM, UPM Kampus Bintulu Sarawak

Dr. Wan Nor Zanariah bt. Zainol @ Abdullah daripada Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPM Kampus Bintulu telah mengikuti program sangkutan penyelidikan jangka pendek selama 9 hari (22 - 31 Oktober 2017) melalui Program Penyelidikan Pertanian Persis, Pertanian Digital, dan Instrumentasi di New Zealand melalui peruntukan dana RU (Program Keterlihatan dan Sangkutan Penyelidikan di peringkat antarabangsa).

Dr. Wan Nor Zanariah telah berpeluang ke New Zealand Centre for Precision Agriculture, Massey University, New Zealand dan juga berkesempatan menyertai 12 lawatan teknikal ke beberapa ladang yang berteknologi tinggi (gandum, kiwi, barli, sayur-sayuran, ternakan kambing dan lembu untuk industri susu dan daging), kilang baja pertanian (Ravernsdown), kilang elektronik - Gallaghers (untuk produk-produk berkaitan pertanian - sistem pagar elektrik, penimbang berat haiwan, sistem kawalan ladang, RFID) dan institut-institut penyelidikan ternama di New Zealand seperti SCION Research Centre untuk industri perhutanan dan perkayuan dan YAMAHA - Air Training Corps.

Beliau juga bakal meneruskan lagi baki 5 hari dana tersebut ke Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia pada 2 hingga 8 Disember 2017 akan datang. IPB merupakan universiti yang ternama di Indonesia serta giat dalam sumbangannya kepada industri pertanian di Indonesia, khususnya dan amnya di dunia.

Tujuan program ini ialah untuk mempertingkatkan penerbitan artikel dalam Top Journal (Q1) serta memasukkan afiliasi dari institusi berkaitan dalam penerbitan penyelidik.

Beberapa MoA turut dirangka bersama institusi dan rakan industri bagi mendapatkan peluang geran antarabangsa serta program pertukaran staf dan pelajar (jaringan industri dan pengantarabangsaan) pada masa akan datang.

Date of Input: 29/01/2019 | Updated: 29/01/2019 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
B1566464393