BUAH NADIR KIAN PUPUS PERLU DIPELIHARA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ARTICLE » BUAH NADIR KIAN PUPUS PERLU DIPELIHARA

BUAH NADIR KIAN PUPUS PERLU DIPELIHARA


Ia perlu dielak daripada lenyap agar dapat dikenali generasi baharu masa depan

BINTULU: Buah-buahan nadir yang kian pupus perlu dipelihara supaya spesies tersebut tidak terus lenyap ditelan zaman sehingga tidak dikenali oleh generasi baharu pada masa depan.

Tuai Rumah Banyan Mawan berkata, perlu ada usahauntukmemperkenalkan kepada komuniti setempat terutama golongan pelajar pendidikan tinggi berkenaan spesies yang tidak diketahui ini seterusnya memelihara spesies buah-buahan yang semakin pupus itu sebagai khazanah warisan.

Katanya, dengan cara ini komuniti mahupun para pelajar universiti akan mengetahui jenis spesies yang ada seterusnya mengaplikasikan kemahiran dan ilmu pertanian yang mereka pelajari untuk digunakan bagi faedah pemeliharaan spesies berkaitan.

“Pelajar juga mampu berperanan sebagai ejen pengembangan pertanian,” ujarnya berucap pada Program ‘Nyungkak Ka Buah Kenyalang’ di bawah Inisiatif Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) di Rumah Banyan Mawan, Selangau baru-baru ini.

Terdahulu, 69 pelajar Kursus CES2241 Pengembangan Pertanian Diploma Pertanian Semester 2 Sesi 2022/2023 Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menjayakan program tersebut.

Program tiga hari dua malam tersebut dikendalikan penasihatnya Dr Shiamala Devi Ramaiya serta disertai 82 penduduk Rumah Banyan Mawan.

Jurucakap penganjur berkata, program itu khusus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara buah-buahan nadir atau asli di Sarawak yang kian pupus.

Katanya, antara pengisian program ialah pendedahan kaedah pemeliharaan buahbuahan melalui kaedah ‘seedball’, kaedah-kaedah pembiakan tanaman, penyediaan media tanaman, ‘Custom Design and Fruit Puzzle’, ‘Nature Walk’ dan sebagainya.

Beliau berkata, melalui program ini para pelajar diharap dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam berinteraksi dengan orang awam serta mewujudkan hubungan positif antara pihak universiti dengan masyarakat luar.

Date of Input: 22/05/2023 | Updated: 22/05/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUFA3~