20 Ikuti Kursus Mengenai Pembiakan Tanaman Buah-buahan Di UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ARTICLE » 20 ikuti kursus mengenai pembiakan tanaman buah-buahan di UPMKB

20 ikuti kursus mengenai pembiakan tanaman buah-buahan di UPMKB

Keratan akhbar Utusan Borneo, 20 ikuti kursus mengenai pembiakan tanaman buah-buahan di UPMKB, 10 Ogos 2019
#UPMKBClipping #PutraClipping


PENDEDAHAN: Seramai 20 peserta menyertai Kursus Asas Pembiakan Tanaman Buah-Buahan anjuran UPMKB.

SERAMAI 20 peserta dari Bintulu, Bekenu, Miri, Belaga, Kapit dan Sibu menyertai Kursus Asas Pembiakan Tanaman Buah-Buahan masing-masingnya untuk Teori dan Amali di Dewan Taklimat Bangunan Pentadbiran dan Ruang Legar Akademik Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dekat Bintulu, kelmarin.

Jurucakap UPMKB berkata, kursus itu untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan cara-cara penanaman, penyelenggaraan pokok, pemilihan kawasan dan jenis tanah yang sesuai untuk tanaman buah-buahan.

Katanya, peserta juga dapat mempelajari teknik untuk membiak tanaman buahbuahan menggunakan biji benih dan cara vegetatif (tampang) termasuk mempelajari cara-cara penyediaan pokok penanti dan pemilihan mata tunas yang sesuai untuk digunakan.

Selain itu katanya, peserta juga mempelajari cara-cara pengecaman klon pokok durian seperti Musang King dan Black Thorn.

“Melalui kursus itu akan menggalak penyebaran ilmu dalam bidang pertanian kepada masyarakat luar selaras dengan Misi UPM iaitu memberi sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu,” katanya jurucakap itu kelmarin.

Kursus anjuran Taman Pertanian Universiti UPMKB dikendalikan oleh Penyarah Kanan Jabatan Sains Pertanian UPMKB Dr Shiamala Devi Ramaiya.

Menurut jurucakap UPMKB, tumbuhan sangat penting untuk keseimbangan ekosistem iaitu bagi membekalkan makanan kepada hidupan, sebagai habitat dan tempat berlindung, membekalkan oksigen dan sebagai sumber kayu.

“Pembiakan tumbuhan termasuk buah-buahan yang melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dan gamet betina untuk membentuk zigot. Biasanya pembiakan ini menggunakan biji benih yang terbentuk apabila tumbuhan mencapai peringkat dewasa.

“Manakala pembiakan tanpa melibatkan penggabungan gamet merupakan cara pembiakan yang paling kerap digunakan kerana dapat mengeluarkan baka tulen, cepat dan mudah dikerjakan dan terdapat banyak bahan pembiakan,” tambahnya.

Jelasnya, pembiakan aseks termasuklah pembiakan vegetative (tampang) yang menggunakan bahagian tumbuhan tertentu seperti keratan batang, daun, akar, tut, cantuman, bahagian khas dan pembiakan mikro (tisu kultur).

Date of Input: 13/08/2019 | Updated: 13/08/2019 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
B1566465290