2018 Summer Course Program Di Universiti Pertanian Bogor (IPB) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ARTICLE » 2018 Summer Course Program di Universiti Pertanian Bogor (IPB)

2018 Summer Course Program di Universiti Pertanian Bogor (IPB)

PENGLIBATAN PELAJAR DKP DALAM “2018 SUMMER COURSE PROGRAM ON GREEN TECHNOLOGY FOR SUSTAINABLE TROPICAL AGRICULTURE” DI UNIVERSITI PERTANIAN BOGOR (IPB), INDONESIA

Tiga orang pelajar Diploma Kejuruteraan Pertanian berikut telah menyertai “2018 Summer Course Program On “Green Technology For Sustainable Tropical Agriculture” di Universiti Pertanian Bogor (IPB), Indonesia pada 12 hingga 21 Ogos 2018 ini. Mereka adalah:

  1. Mohamad Aziq bin Mohd Adil (S25226) – Pelajar Semester 5
  2. Nurshafiqa Sigang binti Mohd Azroy (S25275) – Pelajar Semester 5
  3. Kishanteeni A/P Sivanesan (S27574) – Pelajar Semester 1


Aktiviti ini melibatkan beberapa siri syarahan, latihan di lapangan seperti ladang kelapa sawit dan sawah padi, lawatan teknikal ke Institut Penyelidikan Tanaman Minuman (kopi dan teh), dan perbincangan dalam kumpulan tentang teknologi dan kelestarian tanaman tropika.

Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada pelajar.  Kesemua perbelanjaan bagi program ini termasuklah makanan dan pengangkutan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ke kampus IPB adalah ditanggung oleh pihak IPB sepanjang program berlangsung.

Penglibatan pelajar dalam program mobiliti ini adalah lanjutan daripada lawatan kerja dan MoU yang telah dibuat oleh Dr. Wan Nor Zanariah bt. Zainol @ Abdullah, dari Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan, UPMKB pada 2-8 Disember 2017 8 melalui Program Sangkutan Penyelidikan di Universiti Pertanian Bogor, Indonesia.

Date of Input: 29/01/2019 | Updated: 31/01/2019 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
B1566463824