Pendaftaran Secara Dalaman UPM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» AMBILAN KEMASUKAN 2021 » DAFTAR SEKARANG! » Pendaftaran Secara Dalaman UPM

Pendaftaran Secara Dalaman UPM

Permohonan bagi pendaftaran secara dalaman UPM hanya untuk pelajar lepasan Diploma UPMKB / Asasi Sains Pertanian UPM / Sijil Pertanian / Sijil Veterinar / Ranger Hutan Sahaja dan boleh diakses di laman sesawang berikut;

http://intake.upm.edu.my/dalaman

TARIKH TUTUP : 18 APRIL 2021

PANDUAN PERMOHONAN CALON CALON LEPASAN ASASI SAINS PERTANIAN, LEPASAN DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA KAMPUS BINTULU, SARAWAK :

  1. Permohonan kemasukan secara dalam talian ke Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah dibuka kepada pelajar UPM Lepasan Asasi Sains Pertanian, Lepasan Diploma dan Persediaan Diploma Kampus Bintulu, Sarawak untuk menyambung pengajian ke program bacelor dan diploma.
  2. Hanya pemohon daripada calon di atas sahaja yang dibenarkan membuat permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan, UPM.
  3. Permohonan boleh dibuat menerusi laman web http://intake.upm.edu.my/dalaman.
  4. Permohonan akan ditutup pada 18 APRIL 2021 (AHAD) jam 11.55 malam.
  5. Sila baca panduan permohonan kemasukan seperti dilampirkan dengan teliti sebelum membuat permohonan.
  6. Dokumen berikut perlu di emel kepada : akd_intake_dalaman@upm.edu.my
  7. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Ibu/Bapa; dan
  8. Salinan Keputusan MUET (bagi pemohon Lepasan Asasi Sains Pertanian dan Lepasan Diploma SAHAJA).

SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA BERIKUT;

  1. Pastikan anda membaca setiap arahan yang dinyatakan sebelum mengakses Borang Permohonan Dalam Talian melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application).
  2. Sila kenal pasti kategori Kesilapan memilih kategori akan membuatkan permohonan anda TIDAK diproses.

    I) Lepasan Asasi Sains Pertanian = M2
    II) Lepasan Diploma Kampus Bintulu = FB
    III) Lepasan Persediaan Diploma Kampus Bintulu = PD


  3. Sila kenal pasti program pengajian yang bakal anda pilih. Rujuk Senarai Program, Syarat Am dan Syarat Khas Program menerusi laman web https://smp.upm.edu.my/promosi sebelum mengemukakan permohonan dalam
  4. Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan betul dan tepat terutamanya NOMBOR KAD
  5. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda ( * ).
  6. Pastikan anda menekan butang SAH dan HANTAR bagi menghantar Borang Permohonan Atas
  7. Pastikan anda MENCETAK BORANG PERMOHONAN sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh
  8. Pastikan anda MEMBUAT SEMAKAN SEMULA Borang Permohonan Atas Talian bagi memastikan anda telah berjaya mengemukakan permohonan.

PANDUAN CALON LEPASAN SIJIL PERTANIAN/VETERINAR/RANGER HUTAN UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PROGRAM DIPLOMA DI KAMPUS BINTULU, SARAWAK

  1. Permohonan kemasukan secara dalam talian ke Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah dibuka kepada calon Lepasan Sijil Pertanian/Veterinar/Ranger Hutan untuk menyambung pengajian ke program diploma di Kampus Bintulu, Sarawak.
  2. Hanya pemohon daripada calon di atas sahaja yang dibenarkan membuat permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan,
  3. Permohonan boleh dibuat menerusi laman web http://intake.upm.edu.my/dalaman.
  4. Permohonan akan ditutup pada 18 APRIL 2021 (AHAD) jam 55 malam.
  5. Sila baca panduan permohonan kemasukan seperti dilampirkan dengan teliti sebelum membuat
  6. Dokumen berikut perlu di emel kepada : akd_intake_dalaman@upm.edu.my
    i) Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Ibu/Bapa
    ii) Salinan Sijil SPM;
    iii) Salinan Transkrip Penuh / Semester; dan
    iv) Salinan Sijil / Pengesahan Tamat

SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA BERIKUT;

  1. Pastikan anda membaca setiap arahan yang dinyatakan sebelum mengakses Borang Permohonan Dalam Talian melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application).
  2. Sila kenal pasti kategori Kesilapan memilih kategori akan membuatkan permohonan anda TIDAK diproses.
    i) Lepasan Sijil Pertanian/Veterinar/Ranger Hutan = Kategori (SC)
  3. Sila kenal pasti program pengajian yang bakal anda pilih. Rujuk Senarai Program, Syarat Am dan Syarat Khas Program menerusi laman web https://smp.upm.edu.my/promosi sebelum mengemukakan permohonan dalam
  4. Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan betul dan tepat terutamanya NOMBOR KAD
  5. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda ( * ).
  6. Pastikan anda menekan butang SAH dan HANTAR bagi menghantar Borang Permohonan Atas
  7. Pastikan anda MENCETAK BORANG PERMOHONAN sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh
  8. Pastikan anda MEMBUAT SEMAKAN SEMULA Borang Permohonan Atas Talian bagi memastikan anda telah berjaya mengemukakan

Updated:: 25/03/2021

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMLISn