Permohonan kemasukan melalui UPUONLINE boleh diakses di laman sesawang berikut;
https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login
TARIKH TUTUP : 31 MAC 2021
PANDUAN PERMOHONAN :
- Pastikan anda telah mempunyai nombor UNIK ID yang didaftarkan.
- Pastikan anda membaca setiap Manual Pengguna bagi pengisian borang permohonan.
- Sila kenalpasti Kategori
- Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih.
- Anda boleh klik pada pautan e-Panduan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program dan syarat khas program.
- Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
- Anda WAJIB memasukkan SALAH SATU MAKLUMAT bagi ruangan yang bertanda (**).
- Pemohon WAJIB mengisi Enam (6) pilihan program sahaja. Walau bagaimanapun, pemohon digalakkan untuk mengisi kesemua pilihan program.
- Pastikan anda mencetak atau muat turun slip permohonan sebagai bukti permohonan telah selamat diterima oleh sistem.
- Pastikan anda mencetak atau muat turun slip permohonan setiap kali membuat KEMASKINI permohonan.
- Anda boleh membuat KEMASKINI TANPA HAD. Hanya transaksi terakhir sebelum tarikh tutup permohonan akan diambil kira sebagai permohonan sebenar.
Updated:: 25/03/2021
MEDIA SHARING