Pendaftaran Ke Program Persediaan Diploma UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
PERMOHONAN KEMASUKAN MENGIKUTI PROGRAM PRASISWAZAH SEMESTER PERTAMA SESI AKADEMIK 2021/2022
Permohonan Kemasukan ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak KINI DIBUKA bagi program Bacelor, Diploma dan Persediaan Diploma untuk Sesi Akademik 2021/2022.
Daftar Sekarang!
#JomMasukUPMKB
Permohonan kemasukan secara dalam talian ke Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah dibuka kepada calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pengajian ke Program Persediaan Diploma di UPM Kampus Bintulu Sarawak.
Permohonan boleh dibuat menerusi Google Form yang disediakan Klik DISINI atau sila scan QR Code seperti di bawah.
Sila kenal pasti program pengajian yang bakal anda pilih. Rujuk Senarai Program, Syarat Am dan Syarat Khas Program menerusi laman web https://smp.upm.edu.my/promosi.
Dokumen berikut perlu disertakan dan dimasukkan (upload) dalam sistem Google Form mengikut spesifikasi saiz dibenarkan; i) Kad Pengenalan pemohon; ii) Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga; iii) Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan; iv) Keputusan peperiksaan SPM Kertas Julai (sekiranya ada).
Permohonan akan ditutup pada 30 Jun 2021 (RABU) jam 11.55 malam.