Program Jarak Jauh (PJJ) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» AKADEMIK » Program Jarak Jauh (PJJ)

Program Jarak Jauh (PJJ)

Belajar sambil bekerja bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan pada hari ini. Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), setiap individu berpeluang mengikuti program pengajian ke peringkat pra-siswazah yang dikendalikan oleh Education and Training Sdn Bhd (UPMET). Program ini merupakan satu langkah untuk membantu negara melahirkan pekerja yang proaktif, berpengetahuan dan berkompetensi tinggi

UPMET mengendalikan enam program bacelor, iaitu Bacelor Sains Pembangunan sumber Manusia (BSHRD), Bacelor Sains Pembangunan Manusia (BSPM), Bacelor Komunikasi (BCOMM), Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (BABM), Bacelor Sastera Bahasa Inggeris (BABE) dan Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (BPTESL).

Pengambilan program Bacelor PJJ ini adalah pada Febuari dan September. Permohonan terbuka sepanjang masa dan boleh dibuat secara dalam talian. Maklumat lanjut berkenaan yuran pengajian, syarat kelayakan dan juga senarai kursus, sila klik disini.

Untuk maklumat Program PJJ UPM terkini, sila klik disini

 

Kemaskini:: 28/08/2021 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETEAh~