Diploma In Computer Science | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ACADEMIC » Undergraduate Info » Diploma in Computer Science

Diploma in Computer Science

Program ini menyediakan pendidikan di dalam pengkomputeran dan juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dan menerima pakai teknologi baharu. Program ini juga direka khas bagi menghasilkan pengaturcara komputer yang berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan peralatan dan teknik komputeran. Selain itu membentuk kemahiran interpersonal, kebolehan bekerjasama dalam pasukan, berkemahiran untuk pembelajaran sepanjang hayat, pembangunan kerjaya serta keusahawanan. Tempoh pengajian Diploma Sains Komputer adalah selama dua tahun setengah (2 ½) tahun dengan 91 jam kredit termasuk 2 jam kredit kokurikulum.

Matlamat Program

Matlamat program (Program Educational Objectives, PEO) ini adalah untuk menghasilkan pengaturcara komputer yang:

  1. berpengetahuan dalam aspek teori dan praktikal serta berdaya saing dalam bidang sains komputer.
  2. mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan yang baik, dan melaksanakan tugas secara berhemah dan beretika.
  3. berkebolehan teknikal dalam penyelesaian masalah bagi tujuan inovasi, pembangunan kerjaya dan pengajian lanjutan.

Prospek Kerjaya

Graduan yang telah mengikuti program ini merupakan tenaga separa profesional dan holistik yang boleh menceburi bidang kerjaya dan keusahawanan pengaturcara (Programmer) aplikasi komputer, internet, laman sesawang dan pangkalan data. Selain itu, kerjaya dalam sektor awam seperti Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.


Syarat Kemasukan Bagi Diploma Sains Komputer


Memenuhi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program.

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C/6C) termasuk mata pelajaran  Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

Syarat Khas Program

Kategori Lepasan SPM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran:

1) Mathematics;
2) Dan TIGA (3) daripada mata pelajaran berikut:

  • Physics;
  • Chemistry;
  • Additional Mathematics;
  • Additional Science;
  • Sains Komputer;
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan;* (Pilih 1 sahaja)
  • Ekonomi;
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
  • Pengajian Kejuruteraan Awam;
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  • Asas Kelestarian;
  • Lukisan Kejuruteraan;
  • Grafik Komunikasi Teknikal;
  • Perniagaan;
  • Prinsip Perakaunan;
  • Pengajian Keusahawanan;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

 

Updated:: 12/03/2021

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMSNMS~