Bachelor Of Science Honours In Industrial Chemistry | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ACADEMIC » Undergraduate Info » Bachelor of Science Honours In Industrial Chemistry

Bachelor of Science Honours In Industrial Chemistry

SYARAT AM UNIVERSITI

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

STPM

Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

MATRIKULASI / ASASI

Mempunyai Asasi Sains Pertanian UPM/Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi Pintar UKM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

DIPLOMA / SETARAF

Mempunyai Diploma UA/Politeknik/IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau

Mempunyai STPM tahun 2019 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

Mempunyai Matrikulasi/Asasi tahun 2019 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau

Lulusan Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level /International Baccalaureate Diploma /Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) mulai tarikh keputusan dikeluarkan.

 

BACELOR SAINS KIMIA PERINDUSTRIAN DENGAN KEPUJIAN

UP6442004

8 SEMESTER (4 TAHUN)

 

SYARAT KHAS PROGRAM

KELAYAKAN STPM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Chemistry;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

▪ Mathematics (T); dan

▪ Biology/Physics;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KELAYAKAN MATRIKULASI / ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Chemistry/Chemistry (Engineering);

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut:

▪ Mathematics; dan

▪ Biology/Physics/Physics (Engineering)

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

KELAYAKAN DIPLOMA / POLITEKNIK

Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Chemistry/Biology/Physics;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

 

 

 

Updated:: 28/07/2021

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BUKYFAZ~