Bachelor Of Human Development Science With Management (Honours) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ACADEMIC » Undergraduate Info » Bachelor Of Human Development Science with Management (Honours)

Bachelor Of Human Development Science with Management (Honours)

SYARAT AM UNIVERSITI

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

STPM

Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

MATRIKULASI / ASASI

Mempunyai Asasi Sains Pertanian UPM/Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi Pintar UKM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

DIPLOMA / SETARAF

Mempunyai Diploma UA/Politeknik/IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau

Mempunyai STPM tahun 2019 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

Mempunyai Matrikulasi/Asasi tahun 2019 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau

Lulusan Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level /International Baccalaureate Diploma /Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) mulai tarikh keputusan dikeluarkan.

 

BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN PENGURUSAN (KEPUJIAN)

UP6345006

8 SEMESTER (4 TAHUN)

SYARAT KHAS PROGRAM

KELAYAKAN STPM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut:

▪ Biology;

▪ Chemistry;

▪ Physics;

▪ Mathematics (M)/Mathematics (T);

▪ Ekonomi;

▪ Perakaunan;

▪ Geografi;

▪ Sejarah;

▪ Pengajian Perniagaan;

▪ Usuluddin;

▪ Syariah;

▪ Sains Sukan;

▪ Information and Communications Technology (ICT);

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E pada peringkat SPM dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:

▪ Physics;

▪ Chemistry;

▪ Biology;

▪ Science;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

▪ Mathematics/Additional Mathematics;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KELAYAKAN MATRIKULASI / ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut:

▪ Biology;

▪ Chemistry;

▪ Physics;

▪ Mathematics;

▪ Ekonomi;

▪ Akaun;

▪ Pengurusan Perniagaan;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E pada peringkat SPM dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:

▪ Physics;

▪ Chemistry;

▪ Biology;

▪ Science;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

▪ Mathematics/Additional Mathematics;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KELAYAKAN DIPLOMA / POLITEKNIK

Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

 

 

 

 

 

Updated:: 28/07/2021

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BUKYFA~