Mengenai Kami | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» MENGENAI UPMKB » Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains » Mengenai Kami

Mengenai Kami

Sejarah UPMKB bermula dengan penubuhan kampus sementara di Semenggok, Kuching pada 10 Ogos 1974. Kampus tetap didirikan di Bintulu, Sarawak pada Jun 1987. Kawasan tetap bertapak di kawasan seluas 714 hektar. Penubuhan kampus ini adalah untuk mengorak langkah demi mencapai matlamat ketiga pelan strategik UPM 2001-2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa. Menerusi proses penstrukturan semula UPMKB bermula tahun 2018, lima tujahan utama telah dikenalpasti iaitu pertanian, perhutanan, kimia industri, tenaga boleh diperbaharui dan kajian etnik. Pada 1 Julai 2020, dua fakulti telah ditubuhkan iaitu Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) dan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS).

Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains terdiri dari dua jabatan akademik iaitu Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan dan Jabatan Sains dan Teknologi.  Program yang ditawarkan oleh FKPS mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi kerana program pengajian yang relevan dan bertepatan dengan keperluan industri tempatan. Pelajar akan memperolehi pengalaman pembelajaran di dalam dan luar kelas yang komprehensif sambil dibantu oleh pensyarah yang kebanyakannya berkelulusan ijazah PhD. Kini, fakulti ini menawarkan dua (2) program Persediaan Diploma Sains dan Asas Diploma, lima (5) program Diploma, dua (2) program Bacelor, Master dengan tesis dan PhD. Umumnya, fakulti ini mampu menampung seramai 2000 orang pelajar menjelang tahun 2023.

Program Prasiswazah yang ditawarkan :

Program Bacelor

  1. Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan Kepujian
  2. Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian


Program Diploma/Persediaan Diploma Sains

  1. Diploma Perniagaantani
  2. Diploma Kejuruteraan Pertanian
  3. Diploma Sains Komputer
  4. Diploma Pembangunan Manusia
  5. Diploma Pentadbiran Perniagaan
  6. Program Persediaan Diploma Sains
  7. Asas Diploma


Bidang Pascasiswazah yang ditawarkan :

Sains Sosial

  • Antropologi
  • Perdagangan dan Ekonomi
  • Psikologi
  • Komunikasi


Sains

  • Biologi dan Persekitaran
  • Matematik
  • Kimia
  • Kejuruteraan
  • Keselamatan Makanan dan Pemakanan
  • Teknologi

Kemaskini:: 15/03/2024 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETTAv~