From The Dean’s Desk | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ABOUT UPMKB » Faculty of Agricultural Science and Forestry » From the Dean’s Desk

From the Dean’s Desk

Kata Aluan Dekan

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman sesawang Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH). FSPH merupakan salah satu daripada dua (2) fakulti yang terdapat di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 2020.

FSPH mempunyai tiga buah Jabatan Akademik, iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan serta Jabatan Sains Perhutanan.Program pengajian yang ditawarkan di FSPH adalah seperti berikut:

a) Jabatan Sains Tanaman

  • Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian
  • Diploma Pertanian
  • Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  • Master Sains dengan Tesis
  • PhD

b) Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan

  • Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
  • Diploma Kesihatan Haiwan dan Perikanan
  • Diploma Perikanan
  • Master Sains dengan Tesis
  • PhD

c) Jabatan Sains Perhutanan

  • Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian
  • Diploma Perhutanan
  • Master Sains dengan Tesis
  • PhD


Sebagai salah satu fakulti di sebuah Universiti Penyelidikan, FSPH sentiasa bersedia untuk membentuk pelajar supaya menjadi graduan yang sentiasa berfikiran kritis dan kreatif serta cemerlang secara holistik dan seimbang dalam segenap aspek.

Selaras dengan misi, visi dan matlamat UPMKB, FSPH bertekad untuk mencapai kecemerlangan dan keunggulan dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta khidmat professional dan kemasyarakatan.

Kepada semua pengunjung laman web FSPH, saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web kami. Sila layari laman web fakulti atau hubungi kami untuk maklumat lanjut:


Dr. Zamri Bin Rosli
Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Jalan Nyabau
97008 Bintulu Sarawak
Tel: +6086855209
Faks: +6086855255
Emel: dean.fsph_btu@upm.edu.my

Updated:: 22/12/2020

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
BVMRGu5~