Putra Fitness@UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PENGEMBANGAN » Pembangunan Komuniti » Putra Fitness@UPMKB

Putra Fitness@UPMKB

Semua orang mahukan kehidupan yang sihat. Tapi ramai orang yang gagal untuk hidup sihat. Mengapa ini terjadi? Salah satu punca perkara ini terjadi adalah disebabkan kurangnya kesedaran di kalangan kita semua.

Terlalu banyak sebenarnya sebab dan alasan untuk hidup sihat. Dan setiap sebab dan alasan itu adalah bergantung di antara satu sama lain dan tak boleh dipisahkan sedikit pun. Antara elemen penting yang diterapkan dalam gaya hidup sihat adalah Menjaga Pemakanan Seharian, Bersenam atau Beriadah, Menjaga Kebersihan Rumah Atau Persekitaran, Membuat Pemeriksaan Kesihatan, serta Elakkan PErbuatan Menjejaskan Kesihatan.

Salah satu cabang gaya hidup sihat ialah Bersenam atau Beriadah.

Menyedari hakikat itu, Universiti Putra Malaysia telah mewujudkan program Putra Fitness@UPMKB.  Ia adalah salah satu inisiatif UPMKB di bawah program Pembangunan Komuniti di mana UPMKB berusaha untuk mewujudkan budaya cintakan kesihatan dan gaya hidup sihat melalui Bersenam dan Beriadah. Antara program yang telah dianjurkan ialah Ecofit Road and Trail Challenge dan Farley Run.

 

Kemaskini:: 25/09/2018 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETSAa~