UPMKB DIPILIH SEBAGAI IDESTINASI PROGRAM (TRIA 2.0) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » UPMKB DIPILIH SEBAGAI IDESTINASI PROGRAM (TRIA 2.0)

UPMKB DIPILIH SEBAGAI IDESTINASI PROGRAM (TRIA 2.0)

Picture 1


Picture 2


Bintulu:- Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak telah dipilih menjadi destinasi  Program TRIA 2.0 bagi Zon Utara Sarawak. Program anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Ssarawak (TEGAS) dengan kerjasama Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB ini merupakan program yang menghimpunkan pelajar Sekolah Menengah lepasan PT3 di Sarawak.

Program ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan serta meningkatkan minat pelajar dalam bidang pertanian moden. Selain itu program ini juga dilihat sebagai satu platform terbaik kepada semua perserta untuk memperkasakan pilihan pelajar lepasan sekolah untuk memilih destinasi pengajian setelah tamat persekolahan.

Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah mempromosikan UPM Kampus Bintulu Sarawak sebagai destinasi pengajian pertanian iaitu dengan mendedahkan para peserta tentang pertanian moden melalui pengendalian amali pemprosesan ayam pedaging dan ayam penelur oleh semua peserta yang akan dikendalikan oleh pihak Taman Pertanian Universiti. Selain itu, terdapat beberapa slot motivasi dilaksanakan bagi megukuhkan minat pelajar dalam sektor pendidikan pertanian. Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh fasilitator dari kalangan pelajar Bacelor Sains Bioindustri, UPMKB dibawah bimbingan Dr. Shahrul Razid Sarbini, Dr. John Keen Chubo, Dr. Juriah Kamaludeen dan En. Noor Hakim Bin Ahmad.

Program yang dirangka selama 3 hari bermula 24 hingga 26 Oktober 2016 ini disertai seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada 4 buah sekolah di zon utara iaitu SMK Assyakirin, SMK Belaga, SMK Kidurong dan SMK Bandar Bintulu. Program ini adalah anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak dengan kerjasama Kelab Al-Biruni Chapter UPM Kampus Bintulu Sarawak.

 


Picture 3


Picture 4


Picture 5


Picture 6


Picture 7


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcRAs~