UPM BINTULU CAMPUS PROPOSES CREATION OF THE PEHIN SRI ADENAN SATEM RESEARCH CHAIR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » UPM BINTULU CAMPUS PROPOSES CREATION OF THE PEHIN SRI ADENAN SATEM RESEARCH CHAIR

UPM BINTULU CAMPUS PROPOSES CREATION OF THE PEHIN SRI ADENAN SATEM RESEARCH CHAIR

(Majlis Pelancaran Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSSH) 2019 dan Makmal Sosial yang dikenali sebagai Kursi Penyelidikan Pehin Sri Adenan Satem, di Bintulu. - Ihsan FB Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak)

BINTULU: Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu bercadang menubuhkan Kursi Penyelidikan Pehin Sri Adenan Satem sebagai menghargai usaha bekas Ketua Menteri Sarawak itu memulihara keharmonian pelbagai etnik di negeri ini.

Pengarah UPM Kampus, Profesor Dr Bujang Kim Huat, berkata sehingga kini, rakyat Sarawak masih mengingati sumbangan dan pengorbanan bekas Ketua Menteri itu yang juga mesra dipanggil Tok Nan.

“Walaupun beliau sudah tiada bersama kita lagi, jasa dan pengorbanannya masih mekar dalam jiwa `Anak Sarawak’. Beliau cukup dihormati serta dikenali sebagai pemimpin berorientasikan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSSH) 2019, di sini semalam.

Bujang berkata, atas usaha Tok Nan juga, istilah `lain-lain’ bagi pengisytiharan identiti kaum di Sarawak dihapuskan bertujuan memulihara identiti etnik di Borneo.

“Melalui usahanya, etnik peribumi Sarawak boleh ditetapkan dengan menulis nama etnik masing-masing dalam semua bentuk urusan rasmi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik cadangan itu dalam mengiktiraf sumbangan besar Tok Nan.

“Sepanjang hayatnya, Tok Nan sudah membawa kemajuan besar kepada masyarakat negeri ini dengan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian tanpa mengira kaum atau agama.

“Kita mengalu-alukan penubuhan Kursi Penyelidikan ini yang akan ditempatkan di bawah Pusat Penyelidikan Etnik Borneo UPM Kampus Bintulu serta ditadbir Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan.

“Ini akan membantu dalam bidang penyelidikan sains sosial yang berkenaan dengan kumpulan etnik Borneo terutama yang terdapat di Sarawak,” katanya.

Date of Input: 16/10/2019 | Updated: 13/04/2022 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUWAd~