SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB)

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB)

BINTULU– Seramai 314 orang pelajar baharu yang mendaftar di UPM Kampus Bintulu Sarawak telah membaca lafaz ikrar di hadapan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.

Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris ketika berucap pada majlis itu merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu kerana telah terpilih untuk belajar di salah sebuah universiti terbaik dunia iaitu di tangga ke 270 terbaik dunia serta kedua terbaik di Malaysia.

Pelajar baharu juga turut terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti sepanjang Minggu Perkasa Putra yang telah ditetapkan antaranya ialah Majlis Bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Taklimat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Bahagian Akademik, Majlis Bersama Pengurusan dan Ketua Bahagian dan sebagainya.

Date of Input: 12/06/2017 | Updated: 12/06/2017 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXESSAs~