Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman Dilantik Sebagai TNC (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dilantik sebagai TNC (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dilantik sebagai TNC (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan pelantikan Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM selama tiga tahun mulai 1 September 2017 hingga 31 Ogos, 2020.

Pelantikan beliau dibuat dalam surat yang ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 28 Ogos, 2017.                                                                  
Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, 48 menggantikan Prof. Dr. Mohamad Shatar Sabran yang dilantik sebagai Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 24 Februari 2017.

Beliau pakar dalam bidang Sains Bioperubatan dan merupakan Profesor di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,UPM. Berkelulusan Doctor of Veterinary Medicine (DVM), UPM pada tahun 1994 dan Doctor of Philosophy (Ph.D), Universiti of Edinburgh, Scotland pada 1999.

Anak kelahiran Kuala Rompin,  Pahang ini telah berkhidmat di UPM sejak tahun 1994 sebagai tutor di Fakulti Perubatan Veterinar, sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 1999 UPM, dilantik sebagai Profesor Madya pada 2005 dan Profesor pada 2009.

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan, Sains Bioperubatan pada tahun 2001 hingga 2003,  Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Siswazah) pada tahun 2006 hingga 2012, Pengetua Kolej Tujuh Belas dari tahun 2012 dan Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UPM dari tahun 2013.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris menyifatkan perlantikan Prof. Roslan akan dapat mendukung matlamat universiti untuk melahirkan graduan yang berkualiti bagi kebolehpasaran serta memperkasakan pelajar UPM dengan penguasaan kemahiran insaniah dan business skills bagi meningkatkan kopetensi graduan.

“Portfolio yang akan dipegang oleh Prof. Roslan ialah mengetuai keseluruhan pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta pembangunan pelajar universiti.

“Beliau juga bertanggungjawab terhadap aktiviti Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Pusat Sukan, Pusat Alumni, Kolej, Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES),” kata Prof. Aini.

Sepanjang perkhidmatan Prof. Roslan di UPM, beliau telah menyertai lebih 2,000 aktiviti pembangunan sahsiah pelajar dan program anjuran kolej, universiti dan kebangsaan serta sebagai Penasihat Kelab Persatuan Pelajar.

Beliau telah menerbitkan lebih 150 penerbitan dalam bentuk jurnal, prosiding, buku, bab dalam buku, dan dalam bentuk laporan teknikal hasil dari penyelidikan yang dijalankan.

Beliau juga sering dijemput sebagai Penilai Penerbitan Penyelidikan bagi pelbagai Journal Antarabangsa berimpak tinggi.

Antara perkhidmatan konsultasi dan perundingan profesional beliau ialah menjadi Editorial Board Member Evidence-Based complementary and Alternative Medicine, Editorial Board Member New Journal of Science, Editorial Board Member Pharmacologia, Editor, for advances in Medical and Dental Sciences Journal ,Associate Editor for Eurasian Journal of Agriculture and Environmental Medicine, Technical Editor for Asian Network for Scientific Information, Journals.

Beliau juga merupakan Panel Penilai kepada Malaysian Qualifiacation Agency (MQA) dalam pembentukan Kurikulum Sains Kesihatan di Universiti tempatan. Prof. Roslan juga merupakan seorang atlet sukan staf di peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam dalam permainan tenis dan squash.

Date of Input: 11/09/2017 | Updated: 11/09/2017 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdBA4~