Kami warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia, dengan penuh tekad berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap untuk memenuhi keperluan pelanggan:
- Mengeluarkan surat kelulusan permohonan geran dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan surat penaja.
- Mengeluarkan surat tawaran Geran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja selepas menerima proposal muktamad daripada penyelidik.
- Memaklumkan keputusan permohonan untuk menghadiri seminar / persidangan / bengkel / lawatan luar negara (SKBL) dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa SKBL.
- Mengeluarkan Surat Keputusan Permohonan Perlindungan Harta Intelek dalam masa lima (5) hari bekerja daripada tarikh pengesahan minit mesyuarat penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Harta Intelek (JPHI).
- Memaklumkan keputusan permohonan untuk menyertai pameran pertandingan penyelidikan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan.
- Memaklumkan keputusan permohonan kelulusan ethical clearance dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima keputusan daripada jawatankuasa yang terlibat.
LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN:
Laporan Pencapaian 2017
Laporan Pencapaian 2018
Laporan Pencapaian 2019
Laporan Pencapaian 2020
Laporan Pencapaian 2021
Laporan Pencapaian 2022
Laporan Pencapaian 2023
Kemaskini:: 09/02/2024 [lanz]
PERKONGSIAN MEDIA