Visi, Misi Dan Dasar Kualiti | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» MENGENAI UPMKB » Maklumat Korporat » Visi, Misi dan Dasar Kualiti

Visi, Misi dan Dasar Kualiti

 

Sebagai sebuah universiti yang terkemuka dan menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama pada peringkat antarabangsa, UPM kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadi universiti yang dihormati. Dalam usaha untuk mencapai keunggulan itu, kami warga UPM bersatu hati mengikuti tuntutan visi dan misi serta berkongsi tanggungjawab mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

VISI » Menjadi sebuah kampus cawangan UPM bereputasi antarabangsa.

MISI » Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu 

MATLAMAT UPM

» Matlamat 1 
Mempertingkat kualiti dan daya saing graduan 

» Matlamat 2 
Penjanaan nilai melalui ekosistem RDCE yang mantap dan lestari 

» Matlamat 3
Melonjak perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat 

» Matlamat 4
Memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlangan pertanian

» Matlamat 5 
Mempertingkat kualiti tadbir urus

DASAR KUALITI

» Pekerja Universiti Putra Malaysia komited dalam mencapai kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk mencapai matlamat pelan strategik unversiti.

» Pekerja Universiti Putra Malaysia akan sentiasa melaksanakan tanggung jawab dalam mencapai objektif kualiti yang ditetapkan serta memastikan objektif kualiti tersebut dikaji dari semasa ke semasa supaya selaras dengan visi, misi dan matlamat UPM.

Pemansuhan

Apa-apa dasar atau polisi mengenai pengurusan kualiti Universiti Putra Malaysia yang berkuat kuasa sebelum ini adalah dimansuhkan.

Kemaskini:: 19/07/2019 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdGAL~