Mengenai Kami | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» MENGENAI UPMKB » Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan » Mengenai Kami

Mengenai Kami

Pejabat Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) telah diwujudkan pada 1 Mac 2018 selepas penstrukturan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Fungsi utama pejabat ini adalah menyelaras urusan akademik dari segi penawaran kursus dan program pengajian melalui tiga (3) buah jabatan iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan dan Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan. Di peringkat pengurusan dan pentadbiran Fakulti, Dekan turut dibantu oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pendanaan) dan Penolong Pendaftar yang menerajui portfolio yang telah dikhususkan.

Fungsi dan peranan FSPH:

A. Akademik

  1. Penyelarasan Kursus/Semakan & Pembentukan Program Baharu
  2. Pengurusan Mobiliti
  3. Pengendalian Kursus
  4. Pemarkahan Dan Pengredan Kursus
  5. Mesyuarat Pengurusan Fakulti, Mesyuarat Fakulti, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Fakulti, Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Kertas Soalan Peperiksaan
  6. Urusan Kelulusan Pendaftaran Kursus Melebihi 18 Kredit & Pengecualian Kursus Pelajar
  7. Pengurusan Dan Pelaksanaan Latihan Industri
  8. Penasihatan Akademik & Pengendalian Pelajar Bermasalah
  9. Penilaian Pengajaran Pensyarah Atas Talian
  10. Penyediaan Jadual Kuliah/Amali & Beban Kredit Pengajaran
  11. Urus Tadbir Akademik Fakulti

 
B. Siswazah

  1. Mesyuarat Jawantakuasa Pengurusan Siswazah Fakulti
  2. Pengambilan Pelajar Baharu

C. Penyelidikan

  1. Pengurusan & Pemantauan Geran Penyelidikan
  2. Pengurusan Data MyRA
  3. Pengurusan Penerbitan
  4. Urusan Permohonan Lantikan RA
  5. Urusan Pentadbiran dan Hal Ehwal Penyelidikan Fakulti

 D. Jaringan Industri dan Masyarakat

  1. Pengurusan Data Pelaporan & Rekod JINM Fakulti

E. Sumber Manusia

  1. Pengurusan Pentadbiran Hal Ehwal Sumber Manusia Fakulti & Jabatan

 F. KPI Fakulti

  1. Pelaporan Data & Rekod Kepada Peneraju

 

Kemaskini:: 25/01/2022 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdQAC~