Perkhidmatan | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» KEMUDAHAN » Pusat Pertanian Putra » Perkhidmatan

Perkhidmatan

Pusat Pertanian Putra (PPP) atau sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Taman Pertanian Universiti (TPU) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2001 untuk:

  1. Menyokong aktiviti pengajaran, penyelidikan dan khidmat komuniti.
  2. Menyelenggara kawasan kampus dan memelihara sumber asli fauna dan flora.
  3. Menjana pendapatan melalui hasil tanaman, ternakan, ikan, sewaan, kursus, jaringan industri, kerjasama agensi dll.
  4. Menyediakan sokongan teknikal dan jerayawara pertanian (agriculture showcase)


Di bawah naungan PPP, telah diwujudkan empat (4) Seksyen yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai keseluruhan pelaksanaan operasi hakiki di PPP, UPMKB.

Empat (4) Seksyen tersebut adalah:

  • Seksyen Ternakan Ruminan dan Pastura
  • Seksyen Ternakan Unggas dan Akuakultur
  • Seksyen Landskap, Hortikultur dan Agroteknologi
  • Seksyen Tanaman dan Perhutanan


Di bawah empat (4) Seksyen ini pula, telah diwujudkan tiga belas (13) Unit untuk melaksanakan operasi harian dan fungsi rutin di PPP, UPMKB.

  1. Unit Pejabat Am, Pusat Jualan dan Stor Pusat
  2. Unit Lembu Pedaging, Tenusu, Kerbau dan Kompleks Rumah Sembelih
  3. Unit Lembu Bali, Kambing, Arnab dan Rusa
  4. Unit Pastura
  5. Unit Unggas
  6. Unit Akuakultur
  7. Unit Landskap dan Hortikultur
  8. Unit Agroteknologi, Cendawan dan Kompos
  9. Unit Buah-Buahan dan Tanaman Industri
  10. Unit Sayur-Sayuran
  11. Unit Perhutanan dan Taman Botani
  12. Unit Bengkel Mekanisasi
  13. Unit Inkubasi Pertanian

 

Kemaskini:: 04/10/2022 [zulkernain]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXESLAF~