Apa yang menarik?
Industri penternakan ikan air tawar merupakan industri perikanan ternakan yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada penternak jika diusahakan secara bersungguh-sungguh dan konsisten. Contoh-contoh jenis ikan air tawar yang mempunyai pasaran tinggi adalah seperti tilapia, keli, jelawat, patin dan ikan baung. Oleh itu, UPM Kampus Bintulu komited untuk menganjurkan kursus dan latihan kepada masyarakat bagi menggalakkan penglibatan komuniti setempat terutamanya golongan belia (Agropreneur muda) dalam industri akuakultur. Inisiatif ini tidak lain adalah langkah untuk memajukan penternakan industri ikan air tawar negara khususnya di Sarawak. Kursus ini akan memberi panduan kepada peserta yang ingin menternak ikan air tawar mengenai keperluan umum, penyediaan kolam, pengurusan dan penyelenggaraan harian sehingga penuaian serta pemasaran. Turut dikongsikan juga ialah ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan ikan, penyediaan makanan ikan, teknik pasca tuai serta tips untuk tambah nilai hasilan tuaian dan penyelesaian kepada masalah yang sering dihadapi oleh penternak.
Tarikh :
15-16 Julai 2023 (Sabtu & Ahad) 2 hari
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :
Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori) Unit Akuakultur & Hatcheri (Praktikal)
Penceramah :
Dr. Wan Zabidii Wan Morni
Fasilitator :
En. Lirong Yu Abit
Yuran Penyertaan :
RM300.00 (Peserta luar)
RM200.00 (Staf dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)
Link pendaftaran: https://forms.gle/RZ86MWyUoQRG7BYN8
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan.
Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus Tarikh Tutup : 22 Mac 2023 (Rabu)
Pertanyaan
Urusetia:
En. Hazman Mohd. Julaihi H/P: 011-25634022
atau
Cik Josephine Jawai Makos H/P: 013-7073252
Tel: 086-855667
Fax: 086-855283
Pegawai Seranta:
Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna H/P: 019-8340886
En. Ayum Balai H/P: 019-8551378
Nota:
Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Kemaskini:: 03/03/2023 [lanz]
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia