SUMBANGAN UNTUK PUTRA FOODBANK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
SUMBANGAN UNTUK PUTRA FOODBANK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (UPMKB)

 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB telah melancarkan Putra FoodBank sejak Ogos 2018. Putra FoodBank ditubuhkan sebagai langkah membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan dan keperluan asas secara percuma.
 
Justeru itu, bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan ini, pihak kami mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan atau barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan keperluan diri yang lain daripada agensi tuan/puan mahupun sumbangan persendirian. Sumbangan barangan boleh dihantar terus ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan terus ke akaun seperti butiran berikut: 
 
Akaun : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
Nombor Akaun : 8005232086
Nama Bank : CIMB BANK BERHAD
Rujukan Penerima : Putra FoodBank
Emel : btu_hep@upm.edu.my 
(Emelkan slip transaksi dan maklumat penyumbang untuk penyediaan resit)
 
Bersama ini disertakan poster berkaitan untuk rujukan pihak tuan/puan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan Pn. Hairunisah binti Abdul Rahman, di talian 086-855657/hairunisah@upm.edu.my atau Pn. Rahimah binti Latip, 086-855474/imahlat@upm.edu.my. 
 

Kemaskini:: 20/07/2020 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETCAA~