TeleKaunseling@UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» HAL EHWAL PELAJAR » Perkhidmatan Kaunseling » TeleKaunseling@UPMKB

TeleKaunseling@UPMKB

Perkhidmatan Tele-Kaunseling Putra merupakan perkhidmatan  konsultasi individu secara atas talian khusus untuk pelajar dan pekerja UPMKB. Perkhidmatan ini beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari bekerja sahaja (Isnin hingga Jumaat). Mekanisma atas talian yang digunapakai adalah melalui Aplikasi Whatsapp SKKP. Nombor untuk perkhidmatan Tele-Kaunseling Putra adalah 011- 5995 1057.

 TELE-KAUNSELING PUTRA SEMASA MUSIM PANDEMIK (PKP DAN PKPB)

Semasa negara bersiap siaga melawan Covid-19, SKKP terus komited menyediakan perkhidmatan bimbingan secara atas talian bagi membantu pelajar dan pekerja Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak melewati hari-hari mereka dengan norma baru. 

SKKP yakin dengan perkhidmatan sesi bimbingan secara atas talian ini dapat menjadikan altenatif kepada warga UPMKB untuk mendapat bantuan serta sokongan psikososial bagi mengekalkan tahap kesejahteraan diri. 

 

Kemaskini:: 29/12/2021 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXERFAP~