WANITA BEKERJAYA BOLEH GENGGAM IJAZAH DOKTOR FALSAFAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » WANITA BEKERJAYA BOLEH GENGGAM IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

WANITA BEKERJAYA BOLEH GENGGAM IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

BINTULU, 1 November - Selepas puas menangis, membanting tulang, Dr. Aaliyawani Ezzzerin, 34, berjaya menggengam ijazah Doktor Falsafah (Phd) Sains Bahan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke 46 Sidang 1 yang berlangsung di kampus Bintulu.
 
Pensyarah Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPMKB ini melihat sijil akademik yang kemas dalam genggamannya itu membuatkan hilang segala keperitannya.
“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sulitnya untuk mendapatkan Phd walaupun sangat sibuk dengan tugasan harian.
 
“Baru saya sedar bukan mudah untuk memperoleh kejayaan. Semuanya perlu bertitik tolak dengan kesabaran dan kesungguhan,” katanya ibu kepada 3 orang anak ini.
 
Justeru, kejayaan itu juga mahu didedikasikan kepada suami, anak-anak dan keluarga. Kejayaan ini juga, jelasnya ialah pengorbanannya sebagai seorang ibu, pelajar PhD, dan pensyarah dapat dibuktikan kepada semua wanita di luar sana.
 
“Dek kerana itu juga, saya berikrar untuk selesaikan ijazah Doktor Falsafah sebagai dedikasi kepada semua wanita di luar sana. Ingat, walaupun banyak tanggungjawab, kita jangan pernah mengalah, “ katanya.
 

 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdPAj~