USAHAWAN SISWA TAMPIL BANTU RAKAN MEMERLUKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » USAHAWAN SISWA TAMPIL BANTU RAKAN MEMERLUKAN

USAHAWAN SISWA TAMPIL BANTU RAKAN MEMERLUKAN

BINTULU: Baru-baru ini, Putra FoodBank UPMKB telah menerima sumbangan daripada pelajar kursus Kokurikulum Berkredit QKH2104 Usahawan Siswa (Kumpulan 1 dan 2) bagi membantu rakan-rakan yang memerlukan. Menurut Muhammad Darwisy Amzar Hakim, Pengarah Program tersebut menyatakan, sumbangan ini diperoleh melalui kutipan yuran bagi penganjuran Program PUTRA BAKTI @ Entrepreneur Webinar (BEST2020) baru-baru ini.

Putra FoodBank merupakan fasiliti yang disediakan untuk membekalkan makanan serta barang keperluan bagi pelajar golongan asnaf dan fakir miskin.

Diharapkan sumbangan seperti ini dapat meningkatkan motivasi dan memberi galakan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus berjaya dalam akademik.

Bagi sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan, sama ada berbentuk makanan atau tunai, bolehlah menghubungi Puan Hairunisah Abdul Rahman (086-855657)/ Pn Rahimah Latip (086-855474) di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB. 

(Wakil pelajar menyerahkan sumbangan kepada Dr. Kamil Latif (tengah) disaksikan oleh pegawai dan pelajar UPMKB)

 

Tarikh Input: 17/11/2020 | Kemaskini: 03/12/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETRAz~