UPMKB SEDIAKAN JUADAH IFTAR SETIAP HARI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB SEDIAKAN JUADAH IFTAR SETIAP HARI

UPMKB SEDIAKAN JUADAH IFTAR SETIAP HARI

BINTULU, 27 Mac - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyediakan juadah berbuka kepada pelajar di Pusat Islam UPMKB setiap hari sepanjang Ramadan.
 
Ketua Bahagian Pengurusan Akademik, UPMKB, Sudirman Asmadi berkata, aktiviti berbuka puasa itu dihadiri 200 pelajar serta melibatkan pelajar sebagai ahli jawatankuasa bagi membantu penyediaan berbuka puasa.
 
“Ini secara langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar serta pentadbir di UPMKB,” katanya.
 
Pengerusi Pusat Islam UPMKB, Abdul Halim Abdul Kadir berkata juadah berbuka puasa yang disediakan adalah hasil sumbangan orang ramai dan individu serta tabung amanah Pusat Islam UPMKB.
 
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang bagi menjayakan program ini serta dapat dinikmati oleh pelajar yang memerlukan,” katanya.
 
Sementara itu, UPMKB turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk warga kampus iaitu solat tarawih, tadarus Al-Quran, tazkirah Ramadan setiap sunat tarawih bersama ceramah jemputan, aktiviti bubur lambuk dan khatam Al-Quran.
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 28/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcSAV~