UPMKB MENGANJURKAN PERLAWANAN RAGBI 7S 2022 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB MENGANJURKAN PERLAWANAN RAGBI 7S 2022

UPMKB MENGANJURKAN PERLAWANAN RAGBI 7S 2022

#UPMKBMansang

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB) menganjurkan perlawanan Ragbi 7s 2022 sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-46 Sidang 1 di sini hari ini.

Sebanyak empat kategori dipertandingan iaitu kelab lelaki dan wanita, lelaki bawah 17 tahun, lelaki bawah 15 tahun dan lelaki bawah 12 tahun yang mendapat penyertaan 42 pasukan keseluruhannya.

Pada pertandingan kali ini UPM menghantar tiga pasukan iaitu UPMKB kategori lelaki dan wanita serta Serdang Angels wanita.

Pemain pasukan bawah 17 tahun Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching, Muhammad Faiz Rahman, 16, berharap agar kemenangan kejohanan ini akan menjadi milik pasukannya.

"Pada kejohanan ini saya berharap agar kami dapat menjadi juara dan selamat maju jaya juga kami ucapkan kepada pasukan yang lain. Terima kasih UPMKB kerana menganjurkan pertandingan ini," katanya.

Pada perlawanan pertama, pasukan ini telah berjaya menumpaskan SMK Bandar Bintulu 7-5.

 

 

 

 

Tarikh Input: 03/11/2022 | Kemaskini: 04/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUCAx~