UPMKB JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1444H/2022M. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1444H/2022M.

UPMKB JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1444H/2022M.

Bintulu, 9 Oktober 2022 (Ahad) - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 1444H/2022M telah diadakan di Esplanade Bintulu.

Tahniah! Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) sekali lagi telah dinobatkan Johan Pertandingan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu 1444H / 2022M bagi kategori B (Sekolah Menengah / Institut Kemahiran / Institut Pengajian Tinggi).

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Talib bin Zulpilip, ADUN N.67 Jepak. Kehadiran orang ramai lebih kurang 5500 orang. Sebanyak 88 kontijen telah mengambil bahagian yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, pusat-pusat pegajian tinggi, sekolah-sekolah, masjid-masjid, surau-surau dan persatuan-persatuan.

Kontinjen UPMKB yang disertai oleh staf dan pelajar telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 1,000.00 beserta sijil dan plak. Terima kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses sebelum, semasa dan selepas majlis sambutan ini. Sesungguhnya usaha itu pasti akan membuahkan hasil.

Syabas diucapkan!

 

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdCAo~