UPMKB JAYAKAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB JAYAKAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP

UPMKB JAYAKAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP

#UPMKBMansang

BINTULU: Kejohanan Bola Tampar Tertutup Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah dikelolakan dengan jayanya pada 19 dan 20 Mac lalu di Gelanggang Bola Tampar UPMKB.

Kejohanan itu turut disokong Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha melahirkan `Atlet Pemikir’, menurut penganjurnya.

Fasilitator Kursus QKS2120 Roslan Ismail berkata, walaupun masih berdepan pandemik COVID-19 fasa ketiga, pelajar QKS2120 Bola Tampar Kumpulan 1 Sesi Akademik Kedua 2021/2021 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB telah berjaya menganjurkan kejohanan tersebut.

Katanya, penganjuran kejohanan ini dapat melatih kemenjadian mahasiswa dan menerapkan kemahiran insaniah sejajar dengan objektif universiti bagi membangunkan graduan kompeten, profesional dan keusahawanan.

“Kejohanan ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan kecergasan semata-mata sebaliknya sebagai titik mula kita menjalani kehidupan normal dan persediaan menuju fasa peralihan ke endemik COVID-19,” katanya di sini, semalam.

Timbalan Pengarah programnya Mark Ian Ricky berkata, melalui aktiviti sukan tersebut akan mempamerkan nilai-nilai, semangat kesukanan dan daya juang kepada para peserta.

Katanya, ia dapat menjadi wadah melahirkan mahasiswa yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran masa depan.

Terdahulu kejohanan tersebut disertai pelajar dan staf UPMKB dengan menyaksikan para peserta gembira dengan acara sukan tersebut yang sekian lama tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdBA7~