UPMKB DOUBLING DOWN HANDBALL TOURNAMENT 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB DOUBLING DOWN HANDBALL TOURNAMENT 2019

UPMKB DOUBLING DOWN HANDBALL TOURNAMENT 2019

Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2103 Bola Baling (Kumpulan 1) yang terdiri daripada pelajar Diploma Perniagaantani Semester 2 bersama Fasilitator mereka iaitu En.Koleh Anyan telah menganjurkan Doubling Handball Tournament 2019 selama 3 hari pada 15 hingga 17 Februari 2019 di Gelanggang Futsal/ Bola Baling UPMKB. Sebanyak 14 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada pelajar UPMKB, serta masyarakat luar sekitar Bintulu, Belaga dan Miri.

Melalui program ini,pelajar dapat menerapkan nilai kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis,kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan anggota kumpulan,memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan serta kebolehan untuk bekerja sendiri. Di samping itu pelajar dilatih untuk mengelola sesuatu aktiviti dengan teratur, berkesan dan memupuk nilai dan etika yang profesionalisme.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk menjayakan penganjuran kejohanan ini.









Tarikh Input: 21/02/2019 | Kemaskini: 28/02/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXOAe~