UPMKB BERJAYA MERANGKUL 4 PINGAT DI DALAM PUTRA INNOCREATIVE COMPETITION (PITCL ‘18) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB BERJAYA MERANGKUL 4 PINGAT DI DALAM PUTRA INNOCREATIVE COMPETITION (PITCL ‘18)

UPMKB BERJAYA MERANGKUL 4 PINGAT DI DALAM PUTRA INNOCREATIVE COMPETITION (PITCL ‘18)

2 OGOS 2018, SERDANG - Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (PITCL ‘18) bertemakan Imagineering the 21st Century Educator telah diadakan pada 1 dan 2 Ogos 2018 bertempat di Universiti Putra Malaysia. PITCL’18 adalah satu usaha untuk memperkasa pengajaran dan pembelajaran, inovasi dan kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan kurikulum. Penganjuran PITCL’18 oleh CADe, UPM ini merangkumi pelbagai aktiviti termasuk Putra InnoCreative Awards, Pertandingan Fakulti/Pusat Terbaik Amalan Inovasi P&P, Putra Innovative Talk dan Putra InnoCreative Competition.

En. Johan Ismail daripada Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Putra InnoCreative, di bawah kategori Best InnoCreative in Transformative Teaching. Penganjuran anugerah tersebut adalah sebagai satu usaha memperkasa dan mengiktiraf inovasi pengajaran dan pembelajaran di Universiti Putra Malaysia. Selain itu, beliau turut menyertai Putra InnoCreative Competition, PITCL’18 berjaya memperoleh pingat perak.

Semoga kejayaan beliau ini akan memberi inspirasi kepada warga akademik khususnya di UPMKB untuk terus berinovasi dalam memperkasa pengajaran dan pendidikan untuk melahirkan graduan yang holistik dan seimbang. Seterusnya, warga UPMKB telah berjaya merangkul 4 pingat di dalam Putra InnoCreative Competition. Putra InnoCreative Competition telah menerima penyertaan sebanyak 159 dari institusi pengajian tinggi seluruh negara seperti Unisza, USIM, UPSI, UiTM, IUKL, UniKL, Taylor’s University, INTI International University dan Universiti Multimedia.

Berikut adalah keputusan pertandingan:

Pingat Emas
Innovative Teaching Approaches in Biology Education for Promoting Sustainability
Shiamala Devi Ramaiya, Shafinah Kamarudin, Suziana Hassan, Muta Harah Zakaria & Japar Sidek Bujang

Pingat Perak
Teaching without Lectures: A Journey into a Totally Immerse Student Centered Learning By Gamification
Johan Ismail

Putra Bakti@Animex (Animal Exhibition)
Juriah Kamaludeen, Shahrulrazid Sarbini, Roslan Ismail, Fakhzan Buang & Noor Hakim Ahmad

Pingat Gangsa

Face-to-Face Immersive Learning Experience: From Iron Chef to Sherlock Holmes
Nurdiyana Ahmad Denil


Tahniah kepada semua pemenang.

Tarikh Input: 08/08/2018 | Kemaskini: 20/08/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdQAn~