UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DAN TOKYO UNIVERSITY OF AGRICULTURE ANJUR PROGRAM AN INTRODUCTION TO FORESTRY IN SARAWAK AND JAPAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DAN TOKYO UNIVERSITY OF AGRICULTURE ANJUR PROGRAM AN INTRODUCTION TO FORESTRY IN SARAWAK AND JAPAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DAN TOKYO UNIVERSITY OF AGRICULTURE ANJUR PROGRAM AN INTRODUCTION TO FORESTRY IN SARAWAK AND JAPAN

Pada 8 sehingga 10 Ogos 2022 yang lalu, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) melalui Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH)  telah menganjurkan program e-mobiliti An Introduction to Forestry in Sarawak and Japan dengan kerjasama Tokyo University of Agriculture (Tokyo NODAI) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar universiti Malaysia dan Jepun mengenai bidang perhutanan di Sarawak dan Jepun. Program mobiliti ini yang disertai seramai 28 orang pelajar UPMKB dan 10 orang pelajar Tokyo NODAI dan Chiba University. Program e-mobiliti selama tiga hari ini telah dilaksanakan secara di atas talian melalui platform Webex Meeting yang diselaraskan oleh Dr. Keeren Sundara Rajoo dari Jabatan Sains Perhutanan, FSPH UPMKB.

Penceramah program ini terdiri dari pensyarah UPMKB, iaitu Dr. Zamri Rosli, Prof. Madya Dr. Geoffery James Gerusu, Dr. Suziana Binti Hassan, Dr. Keeren Sundara Rajoo, Dr. Khan Waseem Razzaq, Dr. Daljit Singh dan En. Philip Lepun. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah pemuliharaan hidupan liar, kegunaan tumbuhan di kalangan masyarakat Sarawak dan Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) di Sarawak. Program ini juga menjadi platform perbincangan di antara kedua-dua pihak untuk mengembangkan lagi bidang penyelidikan dan pengajaran di UPMKB dan Tokyo NODAI.

Selain dari itu, empat pensyarah dari Tokyo NODAI iaitu Prof. Iwao Uehara, Prof Kazuyuki Inubushi, Prof. Madya Dr. Pachakkil Babil dan Prof. Madya Dr. Mami Irie, telah berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti perhutanan yang dijalankan di Jepun. Salah satu topik yang telah dibincangkan ialah Shinrin Yoku, atau terapi hutan yang sangat menarik minat perserta, sehingga terdapat perbincangan untuk mejalankan kerjasama penyelidikan diantara UPMKB dan Tokyo NODAI dalam bidang ini.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mami Irie, pensyarah kanan Tokyo NODAI. Beliau mengulas dan berharap agar kerjasama diantara Tokyo NODAI dan UPMKB akan berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang, bukan sahaja dari segi mobiliti pelajar tetapi juga dari segi penyelidikan dan pengajaran. Beliau juga turut menyatakan hasrat untuk menjalankan program mobiliti secara fizikal di Tokyo NODAI khas untuk pelajar UPMKB pada tahun depan, jika keadaan membenarkan.

Tarikh Input: 12/08/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdUAL~