TAKLIMAT OUTREACH KEUSAHAWANAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAKLIMAT OUTREACH KEUSAHAWANAN

TAKLIMAT OUTREACH KEUSAHAWANAN

Sesi fotografi bersama penceramah dan peserta yang hadir ke Taklimat Outreach Keusahawanan.


BINTULU: Pada 4 Oktober 2016 yang lepas, satu Taklimat  Outreach Keusahawanan telah diadakan bersempena dengan Program Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Tertinggi Mahasiswa Sesi 2015/2016 dengan kerjasama pihak Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak serta Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU).

Program Keusahawanan Siswa ini diadakan bagi menarik minat dan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peranan TERAJU dan rakan strategiknya  yang lain serta perkhidmatan yang ditawarkan dalam pembangunan usahawan di Malaysia.

Hal ini penting agar pelajar mendapat pendedahan yang lebih jelas mengenai bidang keusahawanan dan kerjaya serta peluang-peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan usahawan muda. Di samping itu juga, program ini diharapkan dapat membuka minda pelajar dengan lebih meluas terutamanya mengenai bidang perniagaan dan keusahawanan dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, sekaligus mampu menarik minat pelajar untuk bergelar usahawan.


Ceramah daripada En. Hanizam Hashim selaku wakil daripada TERAJU@SARAWAK.


Ceramah daripada wakil MARA.


Ceramah daripada En. Esmawady Mohd Esa selaku wakil daripada SME Coporation Malaysia


Ceramah daripada En. Azham Ardin Shah selaku wakil daripada PUNB@SARAWAK.


Ucapan aluan daripada En. Mohammad Zamir Zakeri selaku Pengarah Program semasa Taklimat Outreach Keusahawanan.


Penyampaian cenderamata kepada salah seorang penceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Aryaty binti Alwie, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar).


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcXAE~