TAHNIAH! UPMKB RANGKUL DUA EMAS DI PECIPTA2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAHNIAH! UPMKB RANGKUL DUA EMAS DI PECIPTA2019

TAHNIAH! UPMKB RANGKUL DUA EMAS DI PECIPTA2019

Dua inovasi dari UPMKB yang diketuai oleh Prof. Dr. Osumanu Haruna Ahmed dan Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini berjaya memenangi anugerah emas untuk projek penyelidikan inovasi mereka di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2019 (Pecipta2019). Prof Dr. Osumanu tampil dengan inovasi 'Soil and Crop Productivity Management', manakala Prof. Madya Dr. Shahrul tampil dengan inovasi 'Sago Prebiotic'.

Secara keseluruhan, UPM mempertaruhkan 20 inovasi penyelidikan, dimana 11 daripadanya memenangi anugerah emas. Pecipta merupakan acara dwitahunan yang dianjurkan oleh Kementeriaan Pendidikan Malaysia untuk mengetengahkan inovasi penyelidikan yang dijalankan oleh semua institusi pengajian tinggi. Pada tahun ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjadi tuan rumah penganjuran.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN TERUSKAN KECEMERLANGAN UPMKB.

#WithKnowledgeWeServe
#WeLoveUPM
#UPMKB






Tarikh Input: 24/09/2019 | Kemaskini: 26/09/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcUAi~